Wednesday, April 7, 2010

Operasi & Misi dalam Rumah

Hari ini di saat ini..azna telah sebulat suara untuk menjalankan satu operasi yang cun melecun punyalah..kalau buat dapat pahala tak buat boleh memberi penyakit hati dan mata dalam rumah ini..iyelah punyelah berderet tompok2an kecil itam putih atas lantai...sakit hati duk tengok..tambah dengan geram melampau2..memang kurang asam betul la kau CICAK bedebah..

mop lantai bukan main cantek..sekali kau hinggapkan taik kau atas lantai aku..cissss...hareemmmmm...

lagipun bukankah membunuh cicak adalah perkara yang disukai oleh Nabi SAW..kalau tak percaya..meh aku selitkan beberapa hadis..( untuk pengetahuan aku dan jugak orang yang membaca...)

Dipetik dari KITAB NAILUL AUTHAR Himpunan Hadith-Hadith Hukum Jilid 6:

i. dari Sa’id bin Abi Waqqash: Sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak dan ia menyebutnya binatang kecil penyeleweng (HR Ahmad dan Muslim).

ii. Dari Ummu Syarik ra: sesungguhnya Nabi saw menyuruh membunuh cicak-cicak (HR Ahmad, Bukhari dan Muslim)

iii. Bukhari menambah: Nabi saw bersabda: dan cicak itu pernah meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as

iv. Dari Abi Hurairah ra, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “ Siapa yang membunuh cicak pada pukulannya yang pertama ditulis seratus kebaikan sedang pada pukulan yang kedua dan yang ketiga kurang dari itu. “ (HR Ahmad dan Muslim)

PENJELASAN

Syarith (Imam Syaukani)) rahimahullah berkata: perkataan “Nabi saw menyuruh membunuh cicak “ itu, disebut “ fuwaisiq “ (binatang kecil penyeleweng) lantara sukanya mengganggu (manusia).

Perkataan “ dan ia yang meniup (api yang membakar) Nabi Ibrahim as “ itu, memang sudah menjadi tabiat binatang ini yang suka memusuhi manusia.


Wallahua’lam


ya... cicak ini pembawa kemusnahan dalam rumah aku..tadi aku dah libas dah sekor...dan2 aku tenggelamkan dalam lubang jamban rumah aku..kasi lemas tak bernyawa..kalau idup menyusahkan badan aku je..nak kene mop lantai hari2..

aku dah tambah pahala dah hari ini..korang bile lagi??jom mulakan operasi membunuh cicak di rumah anda beramai2..hihi =p

0 comments: