Sunday, May 30, 2010

Alkisah geng rumah bernombor 19

Inilah geng kuliah saya, geng kelas saya, geng sekursus Kimia saya malah geng rumah saya suatu ketika dulu.

Dulu kami tidak serapat macam ni. Dulu kami hanya hai-hai..bye-bye je dalam kelas. takpun bila terserempak di tepi jalan tg malim. Dulu kami adalah antara kanak-kanak nakal yang suka berebut tatkala naik bas kaler oren takpun kaler purple untuk ke kelas. Dulu kami mana ada berkongsi makan, duit sehinggalah baju dan tudung.

Tapi bila kami di satukan pada awal semester 5 (selepas kami direjek keluar oleh ajk kolej kami..huh reda je..) di dalam sebuah rumah yang woaaaa terpegun sebab kecantekannya dan kebaruannya dan jugak kemahalannya.hihihi..semuanya berubah. kami berkongsi segala suka duka bersama. kami berkongsi duit. kami berkongsi cerita bf kau bf aku (tapi kongsi bf NO yea)..kami berkongsi petua masak memasak bersama. kadang-kadang bila malas menjelma, mulalah kami gaduh-gaduh manja pastu terbitlah dua pasukan memasak. pastu buat jadual masak bergilir-gilir. Kadang-kadang bukan pasal masak pun, kami gaduh jugak. Sampi tarik muka beberapa hari, pastu mula gosip dalam bilik 1 (nik n dayah) pasal bla..bla..bla..sungguh kebudak-budakkan perangai kami pada ketika itu. But it was such a wonderful moment. I miss them so much..

Kenangan yang paling besh sekali, setiap kali nak ke kelas. Kamilah juara berebut bas upsi. Tak caye?? Kenalah percaya jugak. Takpe saya paksa kamu percaya. Haha..

Satu lagi, bila awal-awal semester je bunyi keriuhan rumah kami kalah rumah orang lain..tapi bila di hujung semester, rumah kamilah antara rumah yang paling sepi sekali sebab semua duk pakat mengadap buku. hanya bertentang mata dengan ahli rumah bila waktu makan sahaja. takpun bila kaki,kepala dan tangan cramp pegang buku..huhu sungguh dasat..hehehe..

Tapi selepas 2008, semuanya hanya tinggal kenangan. Pertemuan pasti akan ada perpisahan. Lumrah kehidupan. Nasib baik ade fesbuk dan frenster. Kat situlah macam-macam berita yang boleh tahu seperti:

-kima-

sudah pun menamatkan zaman solonya semalam (29/5/2010).
sori dear, tak boleh nak pegi..duk di perak lagi.
aku doakan mu bahagia sentiasa..amin =)

-shaheed-
My best frenz stat saya mula-mula masuk kolej KZC 404
Bakal menjadi tunang kepada seseorang lepas cuti sekolah yang akan datang ni.
Tahniah dear, mu bertunang dulu dari aku. Pe kes ni.hihihi =p



-Dayah-
dulu dia satu matrik dengan saya. pastu satu U dengan saya pulak =)
Belum mendengar apa-apa berita lagi darinya.
Dayah, aku rindu lentok manja mu la dayah..napa senyap sunyi tanpa berita =(

-surni-
seorang yang sangat baik, memang senantiasa di buli oleh kami sebab suka buat muka blur nya..hikhik
makcik ni sorang lagi, bila nak kawin? Hari tu dah merisik dah kan..hehe


-ziela a.k.a mekla-
kire my rumet secara tetap dan berpencen sejak dari 2005-2008
statusnya sudah menjadi agak rumit =p
thanks babe sebab jadi pendengar aku mase aku sedih n gumbira
aku pun pendengar yang baik jugakkan kan kan..huhu
tapi nape mu sombong skang ni? aku rindu ke mu la mek la..huhu

-ecah a.k.a moknik-
moknik pun satu matrik dengan saya lepas tu masuk U sama-sama
seorang yang sangat-sangat bagus..cakna dengan kawan-kawan dia.masih lagi single
dialah yang paling jauh kene posting di sabah sane..sian ke mu nik..tapi takpe hok masuk banyak..hihi
nanti cuti sekoloh ni, kito jupe deh..

-azna a.k.a mekna-
ni adalah diriku
dulu seorang yang sangat gumukkksss tapi sekarang dah ok dah..hikhik
status masih agak kabur dan samar lagi..cuma doakan yang terbaik untuk saya ok!


kenangan bersama kalian semua takkan dilupakan dari ingatan. secara jujurnya, saya rindukan kamu semua. saya rindukan saat-saat menjadi muda remaja dan kanak-kanak ribena. saya rindukan saat kita pulun study subjek kimia organik, sampai jam kepala otak..huhuh..dan saya sayangkan kamu semua..


Mmmmuuuaaaaahhhhhh!!!!!

Saturday, May 29, 2010

Saya suka makan tapai pulut!!

Bulan Jun yang akan tiba ni, akan genaplah umur saya 25tahun..Waaa saya sedar saya sudah tua..Weeee saya sedar saya belum kawin lagi...Wiii saya sedar saya sudah makin matang (ceh yeke??)..Woooo saya sedar saya sudah bersedia untuk jadi bini orang (chet tak boleh blah..)..Wuuuu saya sedar saya masih ada masa lagi untuk ber'enjoy sakan sebelum saya diikat dengan rantai emas oleh laki saya selepas ini..owhhh sudah kecut perut..huhu

Sama jugak dengan Tapai pun berubah jugak dari segi packaging nye. Tapai bukan nama orang tetapi nama makanan yang semacam satu makanan yang sangat digemari oleh famili saya. Especially bila musim raya. Mesti akan adalah tapai pulut yang dibalut kemas dengan daun pisang ataupun daun getah. Pastu dalam peti ais pun akan dipenuh dengan bungkusan-bungkusan plastik yang sumenye mengandungi tapai pulut. Sampai peti ais rumah saya di kala hari raya akan mengeluarkan aroma daun getah yang sungguh enak sekali..Hahaha..

Masa saya muda remaja dulu-dulu, tapai pulut ni dibungkus dengan dua jenis daun je. tapi sekarang ni, sudah berbeza. kira tahap moden la, dibungkus dengan bekas cawan plastik yang sangat cumel. sebab apa cumel, sebab bekasnya kecik2 sumenye. so bile nak makan isi dalam tu, sekali ngaga mulut dah buleh telan sumenya..hahah..macam di bawah ni..

satu bekas kecik ni harganya 20sen tau!!

Dulu, arwah tok mesti pegi masuk utan cari daun getah untuk buat tapai pulut. tapi sekarang ni, dah tak perlu susah payah masuk utan dah. dah tak perlu bergelumang dengan pacat dan nyamuk yang dengan tegarnya mencari mangsa..huhu

cume sekarang ni, kene sediakan duit yang lebih je untuk beli bekas-bekas kecil tu. besalah,ade duit segala benda boleh jalan zaman sekarang ni.

tapi yang lama tetap dikenang sampai bila-bila. malah tok belah abah pun masih lagi menggunakan daun pisang untuk dibungkus tapai pulut. sebab bila kita bungkus pakau daun, hasilnya sangat berbeza dari dimasukkan dalam bekas plastik ni.
This entry was posted in

Thursday, May 27, 2010

Apesal eh??

Sekarang ini saya mempunyai idea untuk mengupdet blogku yang sudah sekian lama tidak terusik oleh Cik Azna..Ok jangan gelak ye wahai rakan-rakan yang sudah ataupun mahu mendirikan rumah tangga bile memikirkan kawan mu yang seorang ini masih belum mampu untuk menukarkan statusnya lagi..hikhik..takpe sabar,masanya akan tiba nanti. InsyaAllah =)

Nah sekarang berbalik kepada topik asal.Toksah nak putar kot lain,kang tak pasal-pasal cerita hari ini ditunda ke hari lain.Alamatnya bila sudah basi,so tidak mantaplah untuk bercerita lagi.

Bila sebut soal mantap, memang saya sangat terlebih mantap hari ini untuk mengutuk atau dengan bahasa lembutnya meluahkan rasa tidak puas hati kepada seseorang dengan secara tidak puas hatinya. Saya kira manusia ini adalah seorang yang sangat berumur dari saya, tapi kenapa mahu cari pasal dengan saya. Sampaikan langsung tak bertegur sapa dengan saya atas sebab saya tidak meletakkan namanya di atas buku program untuk majlis dot..dot..dot..

Okey, citenye macam ni. Saya ditugaskan oleh pihak atasan untuk menyediakan buku program untuk satu majlis bersama dengan si A. Kira si A ni di anggap sebagai ketua memandangkan namanya di atas saya. Padahal takde makna apa-apa pun..sama taraf sahaja okey!huhu..

Dulu dia pernah lah cakap ada tapak untuk buat buku program la ..ape la..nak suruh student buatla..tapi hanya cakap saje..takde tindakan pape pun dari dia. So saya pun malas la nak pikir panjang-panjang, saya buat ikut hati saya berdasarkan contoh buku program yang lepas. Dahla masa makin suntuk,pastu pulak saya demam-demam sebab kesan dari suntikan vaksin tempoh hari. Dia pulak makin dekat dengan tarikh, makin menyepi pulak. Takkanlah setiap hari saya kena mengadap dia. Amboi, berlemak nampak!!..

Bila saya sudah sampai ke penamatnya, jadi saya jumpala dengan penyelaras program ni. untuk dapatkan beberapa info atau komen berkenaan dengan buku program yang saya buat ni.Dia nak saya cari ruangan untuk letakkan AJK untuk majlis ini. Tapi tak boleh nak letak semua nama la. Hanya nama yang berada di atas sahaja la yang akan dimasukkan.

So, saya tanya la "bawah ajk buku program ni nak letak nama sape?" Pastu penyelaras tu respon, "Azna letaklah nama Azna." Pastu saya tanya lagi, "macam mana dengan nama si A ni." Penyelaras tu jawab, "takpe.letak je nama Na"

Jadi saya buat la seperti yang disuruh je la.Saya kan yang menurut perintah. Huhu. Lagipun dah saya je yang buat keje ni, dari A sampai Z..Adilla kan.

Tapi bila sudah print out. Boleh pulak dia (si A) komen cakap tak bape ok la. Sengetlah. Pastu bila dia belek bahagian AJK tu nama dia pulak takde pastu ganti dengan nama saya. Lagilah kuat dia komen. Siap dia cakap, "dahtu hang buat semua la dari fotostat sampai ke edar buku program ni kepada cikgu-cikgu. Nama aku takde, so tak payah la aku buat keje." Haih..macam tu pulak dah. Tiba-tiba aje saya pikir, "hang ni budak kecik ke? tetibe nak merajuk dengan aku hanya pasal benda kecik ni je??" (tapi hanya mampu bebel dalam hati je la)

Dan sudahnya, memang saya yang buat semua. Dari sediakan buku, fotostat buku, lipat buku, ikat reben pada buku n edarkan. Semua saya yang buat. Memang kalut gile pagi tu. Dalam hati memang saya sangat menyampah dengan dia. Takpelah, sabar je lah. Mungkin sebab dapat dugaan macam ni kot di Hari Guru, Tuhan bagi saya kegembiraan kot lain. Dengan dapat anugerah guru gaya anggun tu. Alhamdulillah. Pastu pulak dapat ucapan terima kasih dan pujian dari penyelaras.at least ada juga orang hargai kerja saya. Hehe..

Tapi tu lah, sampai sekarang ni langsung dia tak tegur saya. Selalunya, acap kali jugak dia tegur saya sebelum-sebelum ni. Tapi lepas kejadian hari tu, langsung tak tegur. Ikutlah. Taknak tegur sudah. Bukan masalah saya pun. Takde rugi pape pun. Dan secara jujurnya, selagi dia tak tegur saya, jangan harap saya akan tegur dia. Huh..jangan harap..

Cukup je lah kot untuk saya membebel. Dah penat dah dok memerah otak untuk mengingat kembali kejadian yang menyakitkan hati itu..huhu..

Macam ni lah manusia, rambut je sama hitam. tapi hati lain-lain. Kadang-kadang depan kita bukan main baik, tapi belakang kutuk macam-macam. Kadang-kadang umur je dah tua, tapi pemikiran tahap kuno lagi. dengan budak kecik dan hingusan macam saya ni pun boleh nak terasa-merasa. Senget+menyampah!!!!Tak cerdik langsung.

Wednesday, May 19, 2010

Gila+Psiko=Goku Dragon Ball

Apelah nasib malang saya ni. Terjumpa orang gila mane ntah. Berlagak macam saya ni gf die n bakal kawin ngn die.Oooo plsssss..Layan msg die pun tak penah. Tak tahu cemana boleh die msg saya sume bagai mcm saya layan die. Adusssss..parah..parah..

Pagi tadi dalam pukul 4pagi, tetibe die cal. Saya punyelah syok tido, tambahan pulak keje hari ni tiba-tiba diganggu dengan bunyi tepom yang memekak. Nak wut silent mode, tak boleh. sebab dengan hp ajelah saya boleh bangun pagi untuk pegi keje. Kalau takde hp, alamatnye sedar2 matahari dah meninggi atas kepala..huhuhu..

Bile asyik cal..asyik msg..saya dengan perasaan tahap bengang melampau+sebal+sebu+sengal+menyampah mcm2la dalam hati dan jiwa ni, antar msg kat die dengan panggilan B*&^%

Dah hantar msg tahap teruk mcm tu pun, masih lagi memekak..mcm die tak paham Bahasa Melayu..

Argghhhhhh menyampahhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!! memang sah dia GILA..
This entry was posted in

Tuesday, May 18, 2010

Anugerah????..Jeng..jeng..jeng..


Anggun ke??????

Bergaya ke?????

Mase announce nama saya, rase macam terkejut giler2..dahlah mase ni tangan asyik duk bertok tek ngn henpon je..malas nak amik kesah sal anugerah2 ni..konfem tak menang..hikhik...tapi, len pulak yang dijangka...amik hadiah pun, mcm blur2 je muke..dengan kaki pulak kebas sbb tmpt duduk sempit..hikhik..

Pape pun, thanks to all my students who votes me..hikhik..I lap U lah..

Sunday, May 16, 2010

~*~UsaHa TanGGa KejAyaAn~*~

Bangun pagi, tetibe mendapat satu aura baru. kira macam semangat kerajinan melimpah-limpah. bukan bermakna I malas sebelum ni..of cos sentiasa rajin, tapi hari ni kerajinan tu lain macam sedikit. sampai sanggup mengajak kawan saya menemani saya ke Baling yang jaraknya dalam 56km dari gerik semata-mata nak cari sesuatu sebab rajin saya melampau-lampau ni (maap..ayat tanpa noktah..hikhik)

Maaplah The Store Gerik, lambaian mu hanya mampu ku jeling sebelah mata sahaja..Hanya Billion di Baling mampu menawan hatiku hari ini..Ha Ha Ha...Yelah I tahu, mesti korang pk ade ape kat Billion sedangkan zaman skang ni orang dah tak bape nak layan Billion dah..abis tu nak wut cemane??no choice..kat situ aje yang paling dekat..takkan nk g Queensbay kot semata2 nak beli tepung kek...ape kess...buang minyak kete aje..
Gerik??kekurangan bahan la..saya pusing2 satu gerik tu, boleh abis setangki kot minyak kete (ok..saya tipu..=p) .Bila takde brg kat the store pegi jenguk kedai lain..takde kedai tu jenguk kedai satu lagi..cemane tak kering minyak kete (ok saya tipu lagikkk..hukuhu)..alang2 tu baik pegi Baling terus..banyak jugak pilihannya..(sebenarnye sengaja nak g sane..habiskan duit..He He He)

Dan bile dah berjumpa dengan pilihan hati..konfem r balik umah pun bersuka ria mcm riang ria hari raya...bile dh jd riang ria jangan jadik riang riang pulak..abis tak jadik keje..He He..

Mesti korang tak pham apekah yang saya duk merapu kat atas dari tadi kan??benda ape yang di cari sampai ke baling tu??

sbnrnye macam2 yang saya cari tp yang utama sekali saya cr barang utk buat CUPCAKES..

Keinginan ni la yang wut saya rajin melampau2..keinginan ni la yang wut saya sanggup meredah bukit bukau untuk ke Baling..

So,lepas magrb tadi saya berusaha sedaya upaya untuk buat cupcakes secara sendirian..sebelum tu saya google gamba2 cupcakes yang telah dihias cantik ngn icing..sebagai ilham untuk saya decorate yang saya punya pulak..

inilah hasilnya.


besala orang baru belajar..takkan la kuar2 dapat hasil mcm org pro buat kan..saje suka2 buat benda alah ni..sambil2 nk buat surprise kat sumone..hikhik...

akhir sekali:


SELAMAT HARI GURU!!!!!

Friday, May 14, 2010

_Vaksin H1N1_

Last week, pengetua ade announce kat sume anak buahnya pasal dapat free injection for h1n1..akan dibuka bermula pada 12 May ni..so, kami warga cikgu2 mula bergumbira sakan..yeay! yeay! kene injek..saya sukeeee..sbb free..hahaha...

So bile dh tibe hr yang dinantikan, kami cukupkan ahli dalam 10 orang..sbnrnye tak cukop pun sbb ramai yang kensel ekoran dr beberapa rumors yang didengar psal vaksin ni..tapi kami adalah manusia yang tegar demi utk perlindungan masa depan kami..lantaklah orang nk sebarkan pape pun...janji saya selamat..kalau saya sakit,ade ke kamu nak dermakan nyawa kamu dekat saya??tak kan..hikhik =p

Mase sampi kat klinik, kami diberitahu akan beberapa hal yang akan berlaku selepas mengambil vaksin ini..nurse tu bla..bla..bla..mase dgr akan hal ni, saya memangla dh stat takut dh..sbb rase mcm teruk sangatla pulak kan..tapi at the end of her story ade jugaklah info2 yang tidak mematahkan semangat kami..jadi kami pasrah dan tawakal kepada Allah..

Kami tunggu punya tunggu tibalah mase nak kene injek..part ni pulak dah wut saya riso..takut jarummmmm..hakhak..tak bleh blah mcm perangai budak2 kecik...tibe2 bertukar tros..hahaha..mse sampi turn saya tu, memang gerun sangat2lah..apekah sakit??apekah besar jarum itu??apekah yang akan jadi pada bahu ku??ooowhhh..takuttttt..

disebabkan takutlah, saya amik mase yang lame utk ....tarikk nafas....hembus nafas...tarik nafas n then hembus lagi..ok, rse2 dh ready saya bgtau kat nurse..tp bile dh nampak jarum...alamakkk!!!..kecut balik..nk patah balik..uish,maluuuuu..nak tak nak kene terima jugakla..mase nurse nk cucuk tu, memang dua tiga kali saya cakap "jap2..nurse.." seb bek dpt nurse yang penyabar..sabar layan kerenah penakut patient die ni..padahal gune jarum punyela kecik..hahaha..penakutla minah ni..

lama2 tu..saya pasrah..baiklah nurse..sy tutup mata..taknak tgk jarum..hihi
dengan lafaz bismillah..masukklah jarum bersama dengan obat dalam badan ku...uishhh...
dlm beberapa saat..nurse tu ckp dh siap..uit..kejap je..tak rse pape pun..mcm kene cubit je..punyela eksyen awal2 tu...malunye..hahah

itulah, mse sy ckp kat atas tadi..lepas dapat suntikan terus mood jadi down..bahu pulak sakit2 smpi sekarang..semalam pulak demam dengan kepala terasa sakit melampau2..tp saya bertahan..takmo amik panadol..n Alhamdulillah hari ni dh okey..cume bahu tmpt kene injek tu jela tak leh nk bape aktif lagi..takpela..sabar2..

pape pun..saya seru pegila amik vaksin ni..tak rugi pun..untuk mase depan kamu jugak.. =)

Sunday, May 9, 2010

..ade teman baru..

Keletihan bawak kereta dari kay bee ke gerik masih terasa..kaki pulak rase mcm nak cramp tetibe..sbb asyik kene tekan brek aje klu duk blkng lori2 balak yang besar gedabak itu..
"ku terasa kerdil bila bapak2 lori berada di depanku..haih..mintak izin untuk potong bleh?" berkatalah si kereta milik azna dalam hati..


nape tak potong?? heh! ingat senang ke potong2 ni..klu boleh potong kasi diskaun harga wifi takpela ni klu kau potong n nasib kau tak elok, silap haribulan nyawa kau sekali ter'potong'..sape nk jawab??nauzubillah mintak jauhla..so berhati2lah di jalan raya wahai pengguna2 jalan lebuhraya gerik..tak boleh nak potong sesenang wenang sbb jalannye berselekoh tajam...tp itula busan betol kalu jadi pengikut setia bontot lori...tp kekadang tu bile terasa berani melampau2,saya terpotong jugak..huhuhu

OK..berbalik topik sebenar, saya nak kenalkan kamu dengan sesuatu..meh sini nak cite..Selalunya setiap kali balik gerik saya suka sangat bawak balik makanan yang banyak2..kasi penuhkan fridge di rumah bujang tp kali ni lain pulak citenya..terbawak teman tapi mesra sekali mengikut serta aku balik ke gerik..sebelum tu dh mintak izin dh dr ayahku untuk menangkap beberapa teman baiknya supaya jadi teman baikku pula.. =p

menangkap???apekah *&%$???

manusia boleh tangkap menangkap eh??syokknye!!saya nak jugaklah..kat mana azna carik?saya teringin nak tangkap Fizo Omar la..=p

hah jangan ngada2 nak tanya saya benda yang bukan2 eh sbb saya bukan bwk manusia pun tapi saya bawak sesuatu..ia sangatlah kecil..tak mengeluarkan bunyi n bercakap konfem2 la tak boleh.. =)

so....apekah itu..?????????????????

:::teman baru ku::

harap maapla..bekas terlampaulah rendah..smpikan pokok yang patutnye dok dalm air..termuncul pulak di permukaan..yela2x..fine jangan gelak..nnti esok saya tukar bekas lain..huhuhu


p/s:kalau nak tahu..kat umah saya ni ade banyak binatang kecil yang sudi menemaniku..semut itam, anai-anai, lipas n cicak..dan yang terbaru adelah ikan kecil yang kiut miut ini..hehehe...
This entry was posted in

Saya Sayang Sangat2 Dia.. =]

Kasih sayang yang diberikan tidak ternilai dengan wang ringgit..pengorbanan yang diberikan sangat besar nilainya..Beliau sanggup korbankan segalanya malah wang dan barang kemas demi anak-anaknya..Beliau rela mengharungi segala cabaran hidup yang dihadapinya demi kerana anak..Segala onak dan duri sepanjang 25 tahun disimpan erat dalam hatinya..Ya Allah tabahnya hati wanita ini..diuji dengan bermacam2 dugaan, tapi beliau mampu bertahan sampai ke hari ini..hanya satu penguat semangatnya untuk tabah dengan segala ujian..Anak-anak..

Aku cuba untuk menjadi seperti yang diinginkan..cuba untuk menceriakan hidupnya..walaupun kekadang kedegilanku melampaui batas...Maafkan aku, ibu..

Ya Allah, aku sayangkan dia..aku rela korbankan nyawaku kerana dia..Aku tak boleh hidup tanpa beliau..Dialah segala-galanya bagiku..

Buat,
Pn Rahmah Binti Jaafar

..SELamat Hari IBu..

Terima Kasih atas segalanya..

Ore sayam sangat2 ko ming..(^_^)

Monday, May 3, 2010

JuAlaN TuDunG (^_^)

Assalamualaikum wbt..

Ade sape2 nak beli tudung tak? tapi saya tak jual tudung syria ke tudung ariani ke ape ntah..saya jual tudung bawal je..kebetulan masa ni ade beberapa helai tudung yang saya kendong ke hulu ke hilir bukan ke mana2..tapi dari dalam rumah..pastu masuk dalam kete..pastu tak bawak2 kuar sampai sudah ke tempat tujuan utk menayang tudung2 itu (tempat tujuan: sekolah saya)...sbbnya saya malu.. malu..dan malu ..hah dh tiga kali saya duk ulang benda yang sama..maknanya saya memang tersangat2 tersipu2 orangnya untuk menjadi penjual sementara..hikhik..

macam mana boleh terkeluar idea jual tudung????

ok mcm ni..saya bukan nk jd penjual tudung secara tetap dan berpencen..(tp klu tetibe rezeki mencurah2 di masa hadapan, mungkin boleh jd kot..hikhik)...
ni sume kerjaan adik saya la..die suh sy bwk jual kat skolah sy..tp smpi sudah sy tak tunjuk..sbb sy tak reti la nak buat iklan2 secara terbuka ni..nk tayang muke seposen dpn cikgu2 skolah..pastu sy ni mudah runtun hati jiwa dan raga kalau kengkawan mintak rundingan harga..silap haribulan yang harga rm30 leh jadi rm3 tau..hah! tak logik kan..hihi..
itu yang tadi lepas solat maghrib, tetiba tercetus idea ni..(ceh..ayat tak boleh blah)..nak publish sume tudung yang saya ada yang saya terbangkan khas dari negeri cik siti wan kembang..negeri mana??kat mana???tak penah dgr??? hah! siap klu de pertanyaan2 sumbang sebegini..terus tak kasi rundingan harga..HAKHAKHAK..nah saya tayangkan kepada kamu dan kamu yang berminat dengan tudung jenis ini..klu tak berminat pun saya tak kisah..bukan saya suh kamu kuar dengan tiba2 dari blog sy klu nmpk iklan ni..hehehe

ni je la tudung2 yang ade dalam koleksi saya...

sumenya tudung bawal no 1..cume harganya berbeza disebabkan oleh patern sahaja..

jenis pertama - bawal no 1
cume di jahit tepi dengan manik petak2..
harga rm 28 (tidak termasuk dengan kos penghantaran)


kaler peach
kod M001


kaler putih
kod M002

jenis kedua - juga bawal no 1
bersulam manik
harga rm35 (tidak termasuk dengan kos penghantaran)


kaler hitam
kod N001


kaler hijau muda
kod N002


kaler pink
kod N003

jenis ketiga
harga RM48 (tidak termasuk dengan kos penghantaran)
sulaman benang kemas n cantik..(sila klik pada tudung untuk pembesaran imej yang jelas n terang..tq ;] )

kaler hitam
kod S001

kaler hijau mcm di atas
kod S002
jenis keempat
harga RM48 (tidak termasuk dengan kos penghantaran)
sulaman manik..sangat kemas n cantik..(sila klik pada tudung untuk pembesaran imej yang jelas n terang..tq ;] )


kaler biru muda
kod S003



kaler pink
kod S004

kaler hijau muda
kod S005

kaler krim
kod S006


kaler pink muda
kod S007



kaler purple tua
kod S008


cepat! cepat! stok adalah terhad...sapa cepat die dapat...

sebelum beli, kene lengkapkan diri anda dengan syarat2 berikut;
1. serious buyer only!!! <--nada tegas okek! 2. tidak ada istilah barang dikembalikan semula selepas digunakan atau selepas dibeli dan sama waktu dengannya..so pastikan kamu buat pilihan dengan betul..pikir dengan betul supaya tidak menyesal dikemudian hari..bukan apa kot2 kaler yang kamu pilih tidak kena ngn baju kurung/kebaya/kebarung/bla bla bla.. 3. boleh transfer guna apa2 sahaja kaedah..asalkan menyenangkan kerjaan saya dan juga kamu.. 4. pengeposan hanya akan dilakukan selepas kamu membayar harga tudung tersebut..saya sediakan perkhidmatan pos laju sahaja..
  • 1-3 helai tudung: semenanjung m'sia (rm6) & sabah/sarawak (rm10)
  • 4-6 helai tudung: semenanjung m'sia (rm9) & sabah/sarawak (rm12)
5. kalau berminat bolehlah hantar emel kepada saya di :
senorita_na@yahoo.com
**sila nyatakan kod item mana yang kamu berminat berserta dengan nama,alamat,no telefon..
**saya akan lampirkan sekali no akaun saya untuk tujuan pindahan duit..