Thursday, May 27, 2010

Apesal eh??

Sekarang ini saya mempunyai idea untuk mengupdet blogku yang sudah sekian lama tidak terusik oleh Cik Azna..Ok jangan gelak ye wahai rakan-rakan yang sudah ataupun mahu mendirikan rumah tangga bile memikirkan kawan mu yang seorang ini masih belum mampu untuk menukarkan statusnya lagi..hikhik..takpe sabar,masanya akan tiba nanti. InsyaAllah =)

Nah sekarang berbalik kepada topik asal.Toksah nak putar kot lain,kang tak pasal-pasal cerita hari ini ditunda ke hari lain.Alamatnya bila sudah basi,so tidak mantaplah untuk bercerita lagi.

Bila sebut soal mantap, memang saya sangat terlebih mantap hari ini untuk mengutuk atau dengan bahasa lembutnya meluahkan rasa tidak puas hati kepada seseorang dengan secara tidak puas hatinya. Saya kira manusia ini adalah seorang yang sangat berumur dari saya, tapi kenapa mahu cari pasal dengan saya. Sampaikan langsung tak bertegur sapa dengan saya atas sebab saya tidak meletakkan namanya di atas buku program untuk majlis dot..dot..dot..

Okey, citenye macam ni. Saya ditugaskan oleh pihak atasan untuk menyediakan buku program untuk satu majlis bersama dengan si A. Kira si A ni di anggap sebagai ketua memandangkan namanya di atas saya. Padahal takde makna apa-apa pun..sama taraf sahaja okey!huhu..

Dulu dia pernah lah cakap ada tapak untuk buat buku program la ..ape la..nak suruh student buatla..tapi hanya cakap saje..takde tindakan pape pun dari dia. So saya pun malas la nak pikir panjang-panjang, saya buat ikut hati saya berdasarkan contoh buku program yang lepas. Dahla masa makin suntuk,pastu pulak saya demam-demam sebab kesan dari suntikan vaksin tempoh hari. Dia pulak makin dekat dengan tarikh, makin menyepi pulak. Takkanlah setiap hari saya kena mengadap dia. Amboi, berlemak nampak!!..

Bila saya sudah sampai ke penamatnya, jadi saya jumpala dengan penyelaras program ni. untuk dapatkan beberapa info atau komen berkenaan dengan buku program yang saya buat ni.Dia nak saya cari ruangan untuk letakkan AJK untuk majlis ini. Tapi tak boleh nak letak semua nama la. Hanya nama yang berada di atas sahaja la yang akan dimasukkan.

So, saya tanya la "bawah ajk buku program ni nak letak nama sape?" Pastu penyelaras tu respon, "Azna letaklah nama Azna." Pastu saya tanya lagi, "macam mana dengan nama si A ni." Penyelaras tu jawab, "takpe.letak je nama Na"

Jadi saya buat la seperti yang disuruh je la.Saya kan yang menurut perintah. Huhu. Lagipun dah saya je yang buat keje ni, dari A sampai Z..Adilla kan.

Tapi bila sudah print out. Boleh pulak dia (si A) komen cakap tak bape ok la. Sengetlah. Pastu bila dia belek bahagian AJK tu nama dia pulak takde pastu ganti dengan nama saya. Lagilah kuat dia komen. Siap dia cakap, "dahtu hang buat semua la dari fotostat sampai ke edar buku program ni kepada cikgu-cikgu. Nama aku takde, so tak payah la aku buat keje." Haih..macam tu pulak dah. Tiba-tiba aje saya pikir, "hang ni budak kecik ke? tetibe nak merajuk dengan aku hanya pasal benda kecik ni je??" (tapi hanya mampu bebel dalam hati je la)

Dan sudahnya, memang saya yang buat semua. Dari sediakan buku, fotostat buku, lipat buku, ikat reben pada buku n edarkan. Semua saya yang buat. Memang kalut gile pagi tu. Dalam hati memang saya sangat menyampah dengan dia. Takpelah, sabar je lah. Mungkin sebab dapat dugaan macam ni kot di Hari Guru, Tuhan bagi saya kegembiraan kot lain. Dengan dapat anugerah guru gaya anggun tu. Alhamdulillah. Pastu pulak dapat ucapan terima kasih dan pujian dari penyelaras.at least ada juga orang hargai kerja saya. Hehe..

Tapi tu lah, sampai sekarang ni langsung dia tak tegur saya. Selalunya, acap kali jugak dia tegur saya sebelum-sebelum ni. Tapi lepas kejadian hari tu, langsung tak tegur. Ikutlah. Taknak tegur sudah. Bukan masalah saya pun. Takde rugi pape pun. Dan secara jujurnya, selagi dia tak tegur saya, jangan harap saya akan tegur dia. Huh..jangan harap..

Cukup je lah kot untuk saya membebel. Dah penat dah dok memerah otak untuk mengingat kembali kejadian yang menyakitkan hati itu..huhu..

Macam ni lah manusia, rambut je sama hitam. tapi hati lain-lain. Kadang-kadang depan kita bukan main baik, tapi belakang kutuk macam-macam. Kadang-kadang umur je dah tua, tapi pemikiran tahap kuno lagi. dengan budak kecik dan hingusan macam saya ni pun boleh nak terasa-merasa. Senget+menyampah!!!!Tak cerdik langsung.

0 comments: