Saturday, May 29, 2010

Saya suka makan tapai pulut!!

Bulan Jun yang akan tiba ni, akan genaplah umur saya 25tahun..Waaa saya sedar saya sudah tua..Weeee saya sedar saya belum kawin lagi...Wiii saya sedar saya sudah makin matang (ceh yeke??)..Woooo saya sedar saya sudah bersedia untuk jadi bini orang (chet tak boleh blah..)..Wuuuu saya sedar saya masih ada masa lagi untuk ber'enjoy sakan sebelum saya diikat dengan rantai emas oleh laki saya selepas ini..owhhh sudah kecut perut..huhu

Sama jugak dengan Tapai pun berubah jugak dari segi packaging nye. Tapai bukan nama orang tetapi nama makanan yang semacam satu makanan yang sangat digemari oleh famili saya. Especially bila musim raya. Mesti akan adalah tapai pulut yang dibalut kemas dengan daun pisang ataupun daun getah. Pastu dalam peti ais pun akan dipenuh dengan bungkusan-bungkusan plastik yang sumenye mengandungi tapai pulut. Sampai peti ais rumah saya di kala hari raya akan mengeluarkan aroma daun getah yang sungguh enak sekali..Hahaha..

Masa saya muda remaja dulu-dulu, tapai pulut ni dibungkus dengan dua jenis daun je. tapi sekarang ni, sudah berbeza. kira tahap moden la, dibungkus dengan bekas cawan plastik yang sangat cumel. sebab apa cumel, sebab bekasnya kecik2 sumenye. so bile nak makan isi dalam tu, sekali ngaga mulut dah buleh telan sumenya..hahah..macam di bawah ni..

satu bekas kecik ni harganya 20sen tau!!

Dulu, arwah tok mesti pegi masuk utan cari daun getah untuk buat tapai pulut. tapi sekarang ni, dah tak perlu susah payah masuk utan dah. dah tak perlu bergelumang dengan pacat dan nyamuk yang dengan tegarnya mencari mangsa..huhu

cume sekarang ni, kene sediakan duit yang lebih je untuk beli bekas-bekas kecil tu. besalah,ade duit segala benda boleh jalan zaman sekarang ni.

tapi yang lama tetap dikenang sampai bila-bila. malah tok belah abah pun masih lagi menggunakan daun pisang untuk dibungkus tapai pulut. sebab bila kita bungkus pakau daun, hasilnya sangat berbeza dari dimasukkan dalam bekas plastik ni.
This entry was posted in

1 comments:

al-lavendari said...

saya juga suka makan tapai pulut dan juga tapai ubi kayu.

mulanya saya ingat cikgu nak kaitkan umur dengan tapai tadi. ye lah umur dengan tapai lebih kurang sama. macam umur saya sekarang kalau ibarat tapai dah masam tak ada siapa sanggup makan lagi. hehe

salam ziarah.