Sunday, July 25, 2010

one step forward !!~~!!

Sebenarnye ini kejadian yang berlaku beberapa bulan yang lepas..maksudnye sudah basi berkulat dah cite ini. Tapi memandangkan belum ade mood yang sesuai untuk disiarkan dalam ini, so aku tangguh,tanguh dan tangguhkan sampaila ke hari ini..
Cite ape?? owh lupa korang tak bace lagi kan..ok2 silalah membacanye..tapi diingatkan lagi sekali cite ini sudah lama..I remind u this is an old story telling by an old woman..whoaaa..bukan-bukan, cite ni takde kena mengena dengan orang tua okek..=)
Mulanya begini......
Masa cuti sekolah hari tu, dia dah tunaikan hasratku untuk berkenal-kenalan dengan kuarga ku..n Alhamdulillah penerimaan dari kuarga aku adalah bagus walaupun si dia orang jauh, tapi takde masalahlah..(^_^)
So seperti yang termaktub dalam perjanjian, lepas dia jumpa dengan famili ku makanya tibalah pula turn aku kena beramah mesra dengan famili dia pulak..Ini adalah part yang aku rasa boleh membunuh segala urat saraf dan sendi nadiku..ececece...
Tapi kalau tak jumpa, mane boleh nak merancang ke agenda seterusnya kan..so dengan rela aku pergi la jumpa..perjumpaan kami dilakukan secara kecil kecilan saje di kedai makan..kire makan malam bersama mereka..si dia ajak pegi umah, tapi I segan.dibuatnya mak dia nak uji suh masak itu dan ini, sumpah aku tak bleh nak buat..konfem beku dengan tiba-tiba..pegang pisau pun mungkin akan rase macam pegang pedang..tak larat nak angkat..hahhaha...imaginasi aku je la tu, tak tahu la betol ke tak..tapi rasenye betol kot..aku jumpa malam tu pun, makan nasi tak rase macam makan nasi..tapi rase macam makan pasir..huhuhu..kenapa eh??? korang agak sendiri je la ye..hikhikk
Alhamdulillah semuanya berjalan dengan baik pada malam tersebut..cuma aku ni agak kemalu-maluan la..besala baru jumpa, nak cari topik untuk bualkan pun tak tahu mane yang sesuai..huhu..

So, berlalu lah sudah pergi malam itu dengan tenang..dan sekarang dah tiba masanya untuk merangka ke plan seterusnya..mak dia cakap kena buat langkah ini dulu baru pk langkah yang lebih besar..aku mengikut je...janji dua2 buah keluarga restu..parents aku pun takde masalah..

Dan apa yang aku doakan dan harapkan, biarlah segala perancangan kami ini berlaku seperti yang kami harapkan.. Moga Allah permudahkan segalanya...Amin

Sunday, July 11, 2010

Kesedihan kami

Petang khamis tu, aku dan warga SMKBF lain dikejutkan dengan berita kematian mantan pengetua kami, Pn Latipah..Arwah meninggal disebabkan oleh kemalangan yang teruk semasa perjalanan balik dari sekolah ke rumahnya..Kami sungguh terkilan kerana pada 22hb akan datang, arwah akan dijangka datang ke sekolah sebagai penceramah untuk teknik menjawab Sejarah SPM..tapi Allah lebih sayangkan beliau..ucapan takziah kepada keluarga arwah..
Semasa perjalanan kami ke rumah arwah Pn Latipah, kami dikejutkan pula dengan kematian dua orang pelajar kami dari tingkatan 2..hari yang sama dengan arwah Pn Latipah,pun sebab yang sama iaitu eksiden..Allah Maha Berkuasa..Subhanallah..Bila Dia menginginkan sesuatu, pasti terjadi...
Aku sangat terasa dengan kehilangan mereka sebab aku penah mengajar dieorg selama setahun lebih..dari tingkatan 1 lagi..dan hari selasa tu aku sempat mengajar salah seorang pelajar ni tentang nilai-nilai murni seorang individu cemerlang.....
Ya, mati itu benar..kita yang hidup harus teruskan kehidupan..pertingkatkan amal ibadat..Mohon pengampunan dariNya dan perbanyakkan berdoa moga segala amal ibadat diterima olehNya..insyaAllah
~Al-fatihah buat arwah~