Sunday, July 11, 2010

Kesedihan kami

Petang khamis tu, aku dan warga SMKBF lain dikejutkan dengan berita kematian mantan pengetua kami, Pn Latipah..Arwah meninggal disebabkan oleh kemalangan yang teruk semasa perjalanan balik dari sekolah ke rumahnya..Kami sungguh terkilan kerana pada 22hb akan datang, arwah akan dijangka datang ke sekolah sebagai penceramah untuk teknik menjawab Sejarah SPM..tapi Allah lebih sayangkan beliau..ucapan takziah kepada keluarga arwah..
Semasa perjalanan kami ke rumah arwah Pn Latipah, kami dikejutkan pula dengan kematian dua orang pelajar kami dari tingkatan 2..hari yang sama dengan arwah Pn Latipah,pun sebab yang sama iaitu eksiden..Allah Maha Berkuasa..Subhanallah..Bila Dia menginginkan sesuatu, pasti terjadi...
Aku sangat terasa dengan kehilangan mereka sebab aku penah mengajar dieorg selama setahun lebih..dari tingkatan 1 lagi..dan hari selasa tu aku sempat mengajar salah seorang pelajar ni tentang nilai-nilai murni seorang individu cemerlang.....
Ya, mati itu benar..kita yang hidup harus teruskan kehidupan..pertingkatkan amal ibadat..Mohon pengampunan dariNya dan perbanyakkan berdoa moga segala amal ibadat diterima olehNya..insyaAllah
~Al-fatihah buat arwah~

2 comments:

Anonymous said...

Salam,

Sekadar berkongsi cerita.

Allahyarhamah Latifah Ahmad adalah seorang guru yang cukup dekat di hati kami bekas-bekas pelajarnya di Taiping juga.

Barangkali kerana tempoh masanya yang agak lama dengan kami dan ketika itu masih seorang guru biasa.

Barangkali bagi yang kurang mengenali mulanya akan mudah melihat arwah sebagai seorang yang 'garang', tetapi kalau dah kenal lama akan terasa arwah sebenarnya tegas, tetapi 'lembut di dalam' dan mengambil berat.

Arwahpun senantiasa tak putus hubungan; cerita bekas-bekas muridnya. Barangkali inilah indah kerjaya seorang guru, biar gaji tak setara mana, tetapi disayangi dan dikasihi.

Tempohari, saya kehilangan seorang guru dan seorang ibu. Dan saya menangisinya.

Semoga Allah merahmati roh nya di sana. Amin..

NooR AzNa AwAng said...

terima kasih atas perkongsian cerita saudara/saudari..
memang btol beliau adalah seorang yang tegas tapi dalam ketegasan tu terselit perasaan kasih dan sayang kepada orang sekelilingya..
dengan kami,beliau seolah2 seperti ibu..melayan kami bagai seorang anaknya..
sehari sebelum beliau meninggal, beliau sempat menghantar SMS kepada salah seorang pelajarnya di sini..dengan pesanan "tolong jaga pelajar kelas 5MPV"
sama-samalah kita doakan kebahagiaan arwah di sana..amin