Sunday, August 22, 2010

Bila rindu menggamit

Ramadhan ke 12..

Bulan pose taun ni aku lebih suka untuk masak sendiri dari membeli lauk pauk di kedai. Entahlah, nak kata tak penat.agaklah jugak. Tapi bila pikirkan tentang kekurangan keenakkan dan terasa mcm tak secure je makanan kat luar. Sanggup usaha untuk masak di dapur bujangku. Biarlah lauk biasa2 pun, janji kita yakin..Ade orang cakap, aku ni jenis yang teliti..Aku rasa memang patut pun teliti sebab takkan lah sanggup nak makan lauk yang sudah dihinggap oleh lalat yang kita tak tahu kat mana lalat tu hinggap sebelum ni..korang sanggup tak?? kalau aku memang tak sanggup..silalah sayangi diri anda ye!

So hari ini terasa nak makan ala-ala kampung aje. menu simple tapi lengkap dengan nutrisi yang diperlukan iaitu protein,vitamin,serat,karbohidrat,lemak dan air..ecece bunyi macam doktor pulak aku neh..hahaha..

takpe janji sodapp..nak tambah menyengat lagi makan dengan budu..walaweh terangkat abesss..huhu..tapi diingatkan sila jangan makan banyak2 nanti susah nak bawak perut ke surau untuk terawih...

0 comments: