Saturday, June 25, 2011

Info untuk ibu mengandung

Tempoh hari aku ade mengalami simptom seperti saluran tekak dan juga perut terasa macam tersumbat...aku ingatkan sebab banyak angin...mungkin esok akan kembali normal semula..so aku abaikan aje la..

Tapi keesokkan harinya lain pulak jadinya...lepas makan nasi di kantin dan minum teh 'o' ais, kesakitan yang aku rasa semalam jadi balik..aku cuba keluarkan angin seberapa banyak dari badan, tapi masih sakit lagi..nak telan pun susah..aku abaikan lagi sebab aku tak tahu ape puncanya..dan yang aku peliknya benda ni jadi lepas makan n minum ...kejadian ni berlarutan sehinggalah semalam selepas aku dah tak tahan sangat..nak p klinik rasa macam susah nak tahu puncanya kot melainkan kalau aku p hospital..tapi bila p ospital aku malas nak menunggu lama2..

sudahnya aku cuba google dalam tenet berkenaan dengan simptom2 yang aku alami 2 3 hari ni..rupa2nya penyakit aku ni penyakit pedih ulu hati..penyakit yang sinonim dengan ibu-ibu mengandung terutama sekali bila dah masuk trimester ketiga..

Apakah Pedih Ulu Hati?

Hampir 75% wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (lower esophageal sphincter - LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan
berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

Antara golongan yang mudah menghidap refluks asid termasuklah mereka yang makan secara berlebihan, minum terlalu banyak alkohol, dan mengambil ubat tertentu, makanan berempah dan berminyak, dan juga makanan berasid. Mereka ini juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat GERD. Makanan yang boleh memburukkan lagi gejala GERD termasuklah pudina, coklat, tomato, bawang, makanan berlemak, kopi, teh, jus buah- buahan sitrus dan alkohol. Sebaliknya, pengambilan sedikit halia boleh mengurangkan gejala GERD.

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan.

Bagaimana Merawat Pedih Ulu Hati?

* Antasid - Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

* Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid) - Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

* Alginates - Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengelakkan Pedih Ulu Hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Ibu Sejahtera, Bayi Sihat

Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan mereka.

Jaga pengambilan nutrien. Pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.

Dengan menjaga kesihatan diri, anda juga menjaga kesihatan bayi dari mula konsepsi hingga ia dilahirkan. Ini adalah permulaan terbaik yang boleh diberi oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

- sumber daripada internet-

Syukur..

Sebenarnye ni cite sudah basi tapi baru nak masukkan dalam ni..korang ingat tak dulu2 cerita aku mengamuk sakan dalam fesbuk dan juga dalam blog pasal bebudak kelas yang aku mengajar..kalau tak ingat boleh tengok di sini..

Selama tempoh 4 bulan aku lancarkan perang dengan pelajar-pelajar itu, akhirnya pada 2 minggu yang lepas dieorang datang jumpa aku dan mintak maaf dengan aku..serius aku sangat terkejut dengan kejadian ni..macam tak percaya pun ade..aku ingatkan dieorang dah taknak belajar dah dengan aku..kot2 la dieorang dah benci giler2 dengan cikgu azna ni kan..tapi lain pulak jadinya..

mase aku lancarkan mogok ni, memang aku dah bertekad dah apa nak jadi dengan dieorang jadi lah..selagi dieorang tak datang n mintak maaf, selagi itu aku takkan pergi pujuk mereka masuk kelas aku..biar dieorang insaf sendiri..tambahan pulak aku ni jenis degil melampau2..hah nasiblah..hahaha..

walau apa pun, aku bersyukur sangat2 dengan perubahan yang ditunjukkan oleh mereka..akhirnya doaku termakbul..Alhamdulillah..

Sunday, May 29, 2011

Alahai la Mama

Esok mau balik kampung tercinta ku..telah aku senarai kedai makan yang akan aku terjah bersama suami..nak makan itu makan ini..rasa macam sume bende nak sumbat dalam perut neyh..ginilah keadaannya bila merantau negeri lain kan..kat tempat ni takde kedai2 makan yang boleh masuk dengan selera aku..tu sebablah sekarang ni aku dah malas nak keluar makan kedai...pergi mana-mana kedai pun, semuanye menghampakan aku..huhuhu..Kalau rasa tak larat nak masak, aku akan pikir banyak kali dulu sebelum decide nak makan kat mana...tapi sudahnye rumah jugak tempat kami menjamu selera hasil dari air tangan aku sendiri...nasib baiklah si suami bukan jenis cerewet sangat bab makan...sebab tu kalau ngidam pape kan, akan aku peram dulu sampai cuti sekolah..balik kampung, semua benda aku hentam..alamatnye bile p check berat, naik mendadak..pastu aku jadi takut, muka pucat macam hantu..kemudian barulah kalut nak jaga berat, kawal itu kawal ini..takut kene penyakit bukan-bukan masa mengandung..mintak jauhlah dari semua tu..huhu

Hah, bercakap sal makan-makan ni kan hari ni aku terlebih rajin pulak..ditambah pulak ade pemangkin (iaitu suami aku) dalam rumah ni, menjadikan aku terasa kuat dan bersemangat waja..sudahnnya aku buat dua benda dalam satu masa..buat kek coklat moist tanpa telur dan dinner dengan spagetti bolognaise+meatballs..kenyanggggg...macam ikan buntal kami berdua..

nah ini gamba kek kami..spagetti tak sempat nak snap sebab masa tu tengah kebulur giler sampai masing-masing makan pun dalam keadaan silent mode..hehehe..

eggless chocolate cake
_gamba kek yang blurrrr_

Saturday, May 28, 2011

Bila bakal ibu teringin nak berceloteh (^_^)

Tadi lepas sembahyang Maghrib, tetibe muncul keinginan nak menulis sesuatu di dalam ni. Agaknye nak melepaskan gian kot sebab sudah hampir sepurnama kowt aku tak membebel dalam blog aku neyh! Rindu? Aah memang rindu pun dan sebelum2 nie pun rindu jugak..tapi dek kerana sudah ade suami..dan suami adalah no 1 memerlukan perhatianku, jadi blog ini aku biarkan terbengkalai..

Dulu mase aku masih 'single', memang rajin giler dok update, edit n etc untuk kasi blog aku nampak ceria..ditambah pulak nak menambah koleksi coin dalam nuffnang..itu cerita dulu la..sekarang ni dah tutup buku dah..nak kejar mata duitan nuffnang pun dah malas sebab saluran income yang kedua sudah ade di depan mate..hikhikhik (dua tanduk tibe-tibe menjelma atas kepala =p)

Bila si suami ke luar daerah untuk mencari rezeki yang halal (ecece..), si isteri pulak dok di rumah goyang kaki sampai boring..sumpah boring tak hengat bila suami takde di depan mate.selera nak makan pun terbantut. rumah ni macam sunyi sangat2 walaupun kau pasang volume TV ke atau radio ke atau laptop ke sampi ke maximum nye, tapi tetap sunyi jugak..seb bek la ade si kecil ni..walaupun si kecil masih di dalam my tummy, tapi setiap pergerakannya, denyutannya kadangkala buat aku gelihati dan perut..hehehehe..Alhamdulillah, syukur dikurniakan nikmat ini... =)

Sekarang ni baru mencecah 20 minggu usianya, tunggu 8 minggu lagi untuk scan kali kedua..dan kalau ade rezeki boleh nampak kot jantina anak kami..aku tak kisah lelaki ke perempuan, bagi aku biarla si kecil kami ni sihat walafiat..bak kata omputih 'hale and hearty'..

20 minggu maksudnye sudah masuk 5 bulan dan sudah 5 kali aku ke klinik untuk monthly check up..tapi setiap kali nak amik darah utk check HB, setiap kali itu jugak aku takut..sebab seriau tengok alatan nak cucuk kat jari tu..kalau nasib tak baik, terus pakai jarum..memangla sakit sikit je,tapi entahlah..agaknye aku fobia dengan jarum kot..hahaha macam budak kecik je kan aku neyh..=p

Last week kene inject utk tetanus..injection ni perlu untuk elak dari kene serangan kancing gigi waktu nak deliver dan ia diberikan untuk ibu yang usia kandungannya mencecah 5bulan...kenapa bagi awal, sedangkan kita nak beranak pun lambat lagi? actually, this is precaution step untuk sesiapa yang mungkin akan masuk labor room awal..hehe

Mase mula-mula pregnant dulu, kawan aku ade cite nanti akan ade injection mase mengandung..sakittt..hahaha..dan memang ternyata agak sakit la kalu nak bandingkan dengan injection untuk H1N1..

Jadi hari tu p klinik, ingatkan untuk pemeriksaan biasa la kan..lepas check perut,darah n urine, sekali nurse tu cakap hari ni kene inject yer..tiba-tiba aku dah jadi kecut pewot..takutla kan sebab teringat statement oleh kawan aku tempoh hari..masuk injection room, pergh memang sakit jugakla..sampai dok mengadu sakit jugakla kat nurse..pastu masuk kete dok merengek2 dengan hubby pulak..yela dua kali badan aku terima jarum..satu amik darah kat lengan, satu lagi kene inject untuk tetanus..lenguh satu badan..so dengan baik hatinya suami aku cakap tak payah masaklah..kite beli bungkus kat kedai takpun dia masak..so aku pikir lebih baik aku pilih option yang pertama, sebab yang kedua tu aku belum yakin lagi sebab belum penah cuba...hikhik..

Dan kesan dari vaksin tetanus tu, bahu kamu akan lenguh dan sakit untuk beberapa hari..kalau ketahanan badan kamu tak berapa nak strong, probability untuk deman tinggi..suntikan ini untuk keselamatan kita jugak, so kenalah anda semua amik sebanyak dua kali..

suntikan kedua yang bakal saya terima 6 jun neyh..persediaannya: mental kene kuat..hehehe..

Wednesday, March 23, 2011

Dugaan untuk aku

Hari ini betul-betul buat aku menyampah..menyampah dengan kerenah sesetengah pelajar yang anggap aku ni seperti robot yang takde perasaan!

Cuba kau bayangkan aku tunggu di makmal dekat 10-15 minit..bila aku keluar, aku tengok dieorang boleh lepak dekat toilet dengan takde perasaan takut langsung..bila dieorang nampak aku tercegat dengan muke tak puas hati pandang kat dieorang, dieorang masih lagi buat bodo..lepas tu masih lagi boleh basuh-basuh muke dan duduk dekat bangku yang tersedia kat tepi tandas..langsung tak hormat aku sebagai cikgu dieorang..

Masa ni, kesabaran aku dah melampaui batas..aku sedar aku mengandung..tapi aku tak mampu nak tepis dugaan yang datang yang betul-betul mengugat maruah aku sebagai cikgu mereka..orang yang berikan ilmu pada mereka!

Aku tak suke kalau pelajar aku pijak kepala aku..
Aku tak suke kalau pelajar aku anggap aku macam kawan..
Aku tak suke pelajar aku tak hormat aku!..

sebab aku dulu pun belajar..bergelar sebagai seorang pelajar jugak..aku tak reti dan tak pernah nak tunjuk muke sebal, muke tak puas hati dekat cikgu-cikgu aku. sebab aku tak nak ilmu yang aku belajar tu tak berkat..

tapi dieorang??budak sekolah ni hanya reti buat muke bodoh.. buat muke @@@###.. tunjuk muke macam nak gaduh dengan cikgu.. buat muke cebik bila cikgu nasihat/marah/bebel.. abis tu macam mana kau nak ilmu kau tuntut tu berkat!

kalau keputusan peksa kau membanggakan aku, aku tak kesahlah..tapi masalahnye kau hancussss! apekah kau kurang didikan agama ke? apakah kau dah takde tempat nak bermanja kat rumah, pastu datang sekolah buat perangai dengan aku konon nak amik perhatian eh? woiii boleh blah lah kalau setakat tunjuk perangai yang buat aku menyampah.. lainlah kalau kau boleh buktikan aku yang kau boleh dapat markah 90 ke atas..tapi kau boleh ke?

Aku dah tak tahu ape yang kurang pada aku..aku dah cube yang terbaik...aku tak berkira pasal duit dengan students aku..aku fotostat latihan dan nota pakai duit aku, langsung aku tak kesah..aku pikir nak senangkan keje dieorang je...tapi ini yang aku dapat daripada dieorang..

sumpah memang hancur hati aku nak mengajar budak 9 orang ni..mulai daripada hari ni, aku haramkan dieorang dari masuk kelas aku..tuntut ilmu dari aku..selagi dieorang tak mintak maaf dari aku,ubah perangai dieorang.. jangan harap aku bagi dieorang masuk kelas aku.. lantaklah ape nak jadi..

dan disebabkan dengan budak 9 ekor ni, aku kene tekanan darah tinggi sampai buat aku migrain sampai buat aku amik cuti rehat secara kecemasan..cube kau bayangkan!

p/s: korang dah buatkan aku tawar hati nak dok sini



Friday, February 18, 2011

Bila sudah masuk ke-2

Tarikh: 18 Februari 2011
Umur: 6 minggu

Sebelum ni rasa loya-loya je..tapi bile dah masuk bulan ke-2, sudah mula muntah-muntah..tak ikut masa..kalau rase nak keluar pagi, makanye melurulah saya dengan penuh segera ke tandas untuk dikeluarkan benda itew..kalau nasib baik tersumbatlah lubang sinki dengan pati sisa makanan, tapi kalau nasib tak baik..hanya mampu keluar angin sahaja..
kadang-kadang sebelum tido belah malam tu pun boleh jadi nak muntah-muntah..ish nakal sungguh dia ni kan..suka duk mengusik perut saya supaya menjadi geli dan supaya dapat menghasilkan muntah-muntah..eeewwww gelikan..

kawan satu tempat kerja saya de pesan, suh lawan perasaan itew..sebab kalau lawan, nanti hilanglah perasaan nak muntah tu..jadinya, start daripada hari itu, saya try lawan..tepis sana, tepis sini..tapi adat dalam pertempuran, ada kalah dan menang kan..bila yang part kalah tu lah, rasa macam nak menangis yo yo o dengan hubby..konon-konon nak menagih simpati..bile dah suami kesian tengok penderitaan isteri dia, mulalah amik minyak angin sapu sana,sapu sini..picit sana picit sini..kadang-kadang tolong buat kerja rumah..sekarang ni pun hubby begitu rajin gosokkan baju kerja saya setiap malam..sungguh buatkan hati ni terharu.. (^_^)

okeyh, saya kena berhenti..sebab saya kena ke tandas..ada benda yang hendak keluar dari mulut saya ni...adioosss =(

Sunday, February 13, 2011

Cerita laki bini

Si suami pulang ke kampungnye demi memenuhi tanggungjawab sebagai guru tuisyen..meninggalkan si isteri dengan berat hati..namun kerana tanggungjawab yang satu itu, si suami kena lah jugak buat-buat ignore akan perasaan iteww..

selepas beberapa hari (2 hari jew pom)si isteri sudah mula berasa gelisah dan bosan tahap gaban ditinggalkan sorang diri di rumah yang kecik neyh..2 hari,si isteri rasa macam kena tinggai 2 tahun jew..owhh sungguh tak besh bile kena dok sorang2..

di hari kejadian, si isteri nak ikut si suami, tapi disebabkan kesihatan si isteri yang tak berapa nak okey..si isteri terpaksa merelakan si suami pulang sorang diri jew..risaunye si isteri tau!

si suami nak tahu tak, yang tengkuk si isteri selalu jew sakit2 selepas bangun pagi sebab lengan si suami takde untuk dibuat bantal..sungguh tragis..huhu
si suami pun nak tahu tak yang nafsu makan si isteri tibe-tibe menjadi kureng sebab takde si suami di depan mata.. =(

oleh itu, kepada si suami cepatlah balik ke pangkuan si isteri..sebab si isteri nak masak cedap2 tau untuk suami tersayang neyh... =p


-sekian-