Saturday, June 25, 2011

Info untuk ibu mengandung

Tempoh hari aku ade mengalami simptom seperti saluran tekak dan juga perut terasa macam tersumbat...aku ingatkan sebab banyak angin...mungkin esok akan kembali normal semula..so aku abaikan aje la..

Tapi keesokkan harinya lain pulak jadinya...lepas makan nasi di kantin dan minum teh 'o' ais, kesakitan yang aku rasa semalam jadi balik..aku cuba keluarkan angin seberapa banyak dari badan, tapi masih sakit lagi..nak telan pun susah..aku abaikan lagi sebab aku tak tahu ape puncanya..dan yang aku peliknya benda ni jadi lepas makan n minum ...kejadian ni berlarutan sehinggalah semalam selepas aku dah tak tahan sangat..nak p klinik rasa macam susah nak tahu puncanya kot melainkan kalau aku p hospital..tapi bila p ospital aku malas nak menunggu lama2..

sudahnya aku cuba google dalam tenet berkenaan dengan simptom2 yang aku alami 2 3 hari ni..rupa2nya penyakit aku ni penyakit pedih ulu hati..penyakit yang sinonim dengan ibu-ibu mengandung terutama sekali bila dah masuk trimester ketiga..

Apakah Pedih Ulu Hati?

Hampir 75% wanita hamil mengalami pedih ulu hati. Ia berlaku apabila kandungan dalam perut ditolak kembali ke esofagus (saluran makanan) menyebabkan ia dalam keadaan terapung (reflux), lalu mengganggu lapisan lembut dalam saluran tersebut.

Bagi wanita hamil, peningkatan hormon kehamilan menyebabkan otot sfinkter esofagus bawah (lower esophageal sphincter - LES) mengendur antara esofagus dan perut. Tekanan di dalam abdomen yang meningkat sejajar dengan perkembangan bayi menyebabkan kandungan perut mudah ditolak semula ke esofagus.

Mereka yang mengalami pedih ulu hati akan
berasa pedih pada bahagian atas dada, perut tidak selesa, sukar menelan, kandungan makanan ditolak kembali, rasa pahit atau asid dalam mulut.

Antara golongan yang mudah menghidap refluks asid termasuklah mereka yang makan secara berlebihan, minum terlalu banyak alkohol, dan mengambil ubat tertentu, makanan berempah dan berminyak, dan juga makanan berasid. Mereka ini juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat GERD. Makanan yang boleh memburukkan lagi gejala GERD termasuklah pudina, coklat, tomato, bawang, makanan berlemak, kopi, teh, jus buah- buahan sitrus dan alkohol. Sebaliknya, pengambilan sedikit halia boleh mengurangkan gejala GERD.

Pedih ulu hati yang kronik boleh mengganggu tidur dan menjejaskan selera makan.

Bagaimana Merawat Pedih Ulu Hati?

* Antasid - Ia bertindak meneutralkan asid perut, namun jika diambil dalam kuantiti berlebihan boleh menyebabkan sembelit (elakkan penyediaan yang mengandungi sodium atau aluminium). Rawatannya pantas tetapi dalam bentuk jangka pendek.

* Penghalang H2, penyekat pam proton (pengurang asid) - Ia menyerap ke dalam saliran darah untuk mengurangkan penghasilan asid dalam perut. Tetapi kaedah ini tidak disyorkan ketika mengandung.

* Alginates - Dihasilkan daripada rumpai laut coklat iaitu laminaria hyperborea. Ia tidak diserap dalam saluran darah dan disahkan secara klinikal memberi kelegaan untuk pedih ulu hati ketika mengandung. Contoh ubatan yang mengandungi alginates adalah Gaviscon.

Alginate menghasilkan satu penghalang kuat yang seakan terapung apabila ia bertemu asid perut. Kandungan apungan di bahagian atas menghalang asid daripada bertemu dengan esofagus.

Apa Yang Perlu Dilakukan Bagi Mengelakkan Pedih Ulu Hati?

1. Ambil hidangan dalam jumlah yang kecil tetapi kerap.

2. Kunyah dengan perlahan setiap kali makan. Jangan tergopoh-gapah.

3. Elakkan makanan mengandungi rempah, pedas, menggunakan banyak perasa, berlemak, coklat, alkohol, kafein dan berpudina.

4. Pakai pakaian yang longgar di sekitar perut.

5. Duduk dengan selesa. Jangan lakukan pergerakan seperti melipat badan yang menyebabkan bahagian perut diasak.

6. Jangan membongkok ketika mengambil barang.

7. Lakukan senaman ringan seperti berjalan kaki secara sederhana.

8. Elakkan berbaring atau tidur dalam masa dua jam selepas makan.

9. Jangan merokok.

10. Biarkan minuman panas sejuk sebentar sebelum diminum.

11. Tangani stres dengan tenang.

12. Cuba kawal pertambahan berat badan. Dapatkan berat badan seperti yang disyorkan.

Ibu Sejahtera, Bayi Sihat

Ibu-ibu hamil perlu menjaga kesihatan diri dan lebih proaktif dalam memahami perkara yang berkaitan dengan kehamilan mereka.

Jaga pengambilan nutrien. Pengambilan vitamin dan suplemen ketika hamil amat penting iaitu asid folik, multivitamin dan kalsium.

Dengan menjaga kesihatan diri, anda juga menjaga kesihatan bayi dari mula konsepsi hingga ia dilahirkan. Ini adalah permulaan terbaik yang boleh diberi oleh ibu bapa untuk anak-anak mereka.

- sumber daripada internet-

0 comments: