Saturday, June 25, 2011

Syukur..

Sebenarnye ni cite sudah basi tapi baru nak masukkan dalam ni..korang ingat tak dulu2 cerita aku mengamuk sakan dalam fesbuk dan juga dalam blog pasal bebudak kelas yang aku mengajar..kalau tak ingat boleh tengok di sini..

Selama tempoh 4 bulan aku lancarkan perang dengan pelajar-pelajar itu, akhirnya pada 2 minggu yang lepas dieorang datang jumpa aku dan mintak maaf dengan aku..serius aku sangat terkejut dengan kejadian ni..macam tak percaya pun ade..aku ingatkan dieorang dah taknak belajar dah dengan aku..kot2 la dieorang dah benci giler2 dengan cikgu azna ni kan..tapi lain pulak jadinya..

mase aku lancarkan mogok ni, memang aku dah bertekad dah apa nak jadi dengan dieorang jadi lah..selagi dieorang tak datang n mintak maaf, selagi itu aku takkan pergi pujuk mereka masuk kelas aku..biar dieorang insaf sendiri..tambahan pulak aku ni jenis degil melampau2..hah nasiblah..hahaha..

walau apa pun, aku bersyukur sangat2 dengan perubahan yang ditunjukkan oleh mereka..akhirnya doaku termakbul..Alhamdulillah..

0 comments: