Friday, January 20, 2012

Bokorjo lah kito sekueknyo!!





Tugas seorang ibu yang bekerjaya sungguhlah mencabar. Di tambah pulak pertama kali menjadi ibu dan pertama kali mempunyai anak tapi sangat best sebenarnya. Walaupun ada ketikanya macam gasing yang ligat berputar dan ada ketikanya jadi super duper hot dan cengeng (kecian suami saya sebab jadi mangsa...sowii dear ;p) tapi kan bila tengok muka anak, tengok die senyum yang takde gigi tu hilang segala kepenatan dan kemarahan dan kesedihan dan dan dan (fullstop)..........

si kecik yang saya sayang sangat2..

so bila dah ade si kecik mestilah nak bagi yang terbaik untuk dia kan. Contohnya taknak bagi susu formula sehingga 2 tahun (insyaAllah) sebab susu ibu adalah yang the best compare susu cap lembu. Jadi bila nak bagi yang terbaik perlu sedikit pengorbanan.Setiap hari saya akan basuh 5-6 botol susu pakai sabun yang khusus untuk baby, sterilize semua keperluan botol susu dan pam, bekukan gel yang akan diletakkan di dalam cooling bag, cairkan stok susu untuk dibuat bekalan Qaisara, susun pampers dan baju salinan dalam diaper bag Qaisara selain menguruskan persediaan untk diri sendiri dan pelajar..see macam-macam saya buat..inilah fenomenanya bila dah namanya ibu bekerjaya..

peralatan mengepam untuk dibawa ke sekolah

sterilizer untuk botol susu anak saya

4 botol susu bekalan untk Qaisara sewaktu di rumah pengasuh

p/s: dulu masa mengajar di skolah bersia ada orang yang boleh tolong angkat beg-beg saya. Tapi skang kena hangkut semua beg sorang2..kena ulang-alik p keta..phewww ponat tapi takpelah untuk anak jugak..