Wednesday, June 5, 2013

1 tahun 8 bulan

Assalamualaikum..


26 Mei 2013 - genap setahun lapan bulan umur anak aku. Baru yang pertama dan belum ada perancangan lagi untuk menambah bilangan ahli keluarga kami. Ya, memang kami merancang. Mungkin sebab aku belum lagi jadi superwoman, sebab tu la kot belum bersedia untuk menambah. Lagipun saiz badan aku yang memang gile ketara memboyot dan membesar, menyebabkan aku menangguhkan dulu keinginan untuk anak kedua. Sapa tak teringin nak timang baby lagi. Tapi aku kena capai target aku dulu. Iaitu kena pastikan saiz badan aku normal macam dulu. Aku tak sedia la nak mengandung dengan keadaan saiz badan aku yang double trouble ni. Dulu orang cakap kalau menyusu badan, cepat kurus. Tapi aku tak. Lepas menyusu mesti nak makan..Lapor yang teramat. Bila dah makan, konfem tenaga yang aku guna masa menyusukan anak telah digantikan semula hasil daripada makan. Cuba korang cakap, macam mana aku tak gemuk..HahHa..Pastu bila dah bercerai susu dengan anak,konon nak diet tapi tak jugak. Masih lagi nak makan. Non stop.. Sampai suami dah banyak kali duk kasi hint suh berhenti makan..huhu..

Ala aku gemuk pun pasal aku tak suka buat pembaziran. Yela agaknya mungkin sifat mak-mak kot, bila tengok nasi ada lebih, lauk ada lebih..mesti sedaya upaya untuk habiskan..Sayang la nak buang macam tu...Rezeki tu.. Mak aku penah cakap, kalau kita selalu membazir, nanti susah untuk rezeki nak datang dekat kita..Sebab aku pegang prinsip tu la aku habiskan jugak..Nak simpan esok, konfem2 tak makan jugak. Sudahya jadilah macam di bawah ni.
aku yang berbaju biru yang tengah minum..besar kan..huhu

Hmmm.. (mode: mengeluh)


Target aku raya ni boleh pakai baju kebaya zaman anak dara dulu..



Sila doakan untuk saya supaya fokus dengan target saya tu.. Aja Aja Fighting!!

0 comments: