Wednesday, June 5, 2013

Blog usang dan bersawang

Assalamualaikum..

Sudah bertahun rasanya tak menyinggah dan mengemaskini apa yang patut dalam blog ni..sudah lama terbiar sepi..kalau rumah dibiarkan kosong,agaknya mungkin dah lama dipenuhi dengan makhluk-makhluk yang nyata dan 'tidak nyata' kan. ;)
Malam ni tergerak hati pulak nak mengaktifkan balik minat aku suatu ketika dulu. Di tambah pulak dengan keizinan dari suami tercinta, so takde masalah lah. Hmmm nasib baik dapat hubby yang sporting dan tak kuat jeles (Alhamdulillah syukur dengan nikmat Mu ini ya Allah). Lagipun kan di tu sebenarnya dalam diam memang suka baca blog merapu aku. Masa zaman kami nak kenal-kenal dolu-dulu. Hihi..

Jadi macam biasa, bila dah berblog tak sah kalau tak letak gamba macam-macam. Kalau tak letak rasa macam kurang rencahnya. Kira memang benda wajib untuk kita pertontonkan dekat anda semua (ceh, perasan ada orang nak baca..ekeke)..Contohnya kalau kita masak, benda wajib yang perlu kita letak dalam masakkan kita mesti la gula dan garam kan (sori, I tak pakai ajinomoto). Kalau tak letak, tak ke tawar setawarnya. Dan dan tang tu jugak tak jadik nak makan. Kalau bagi kat suami pun kena komplen. Hanya suami-suami tertentu je yang mampu menelan segala-galanya demi isteri tercenta (perghh..feeling sakan mak malam ni kan..hihi)

Jadi untuk permulaan perjalanan baru dalam blog aku ni, aku letak gamba anak je ye ;)

Nur Qaisara Eryna bt Mohd Khairi 





0 comments: