Wednesday, August 27, 2014

CERITA VIVIX DENGAN STROK

Sekarang ni, banyak kes kematian yang mengejutkan. Pagi ni elok je duk sembang dengan sang isteri, petang tu tetiba dah dikhabarkan si suami meninggal dunia semasa tidur. Allahuakhbar. Sedihnya bila beberapa jam sebelum ni sihat elok je kan. Hah, inilah yang dikatakan kematian mengejut. Dan salah satu penyebab utama kematian mengejut adalah disebabkan oleh STROK

Berdasarkan kajian, strok adalah punca kematian ketiga terbesar di Malaysia. Yang pertama & kedua terbesar adalah penyakit jantung & kanser. Dianggarkan setiap tahun kira-kira 40,000 rakyat Malaysia mengalami strok. Strok ni tak mengira sesiapa pun, kanak-kanak pun berisiko untuk terkena strok. Tapi banyak kes rata-ratanya melibatkan orang dewasa. 

APAKAH STROK? 

Strok ni maksudnya "tiba-tiba". Dari aspek perubatan ialah kematian mengejut satu bahagian otak akibat kekurangan oksigen. 

Strok merupakan penyakit berkaitan dengan pembuluh darah. Saluran darah berfungsi untuk mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan termasuk otak. Strok berlaku disebabkan salah satu daripada pembuluh darah ni pecah atau tersumbat akibat darah beku. Apabila ini berlaku, aliran darah ke bahagian otak itu terganggu dan mengakibatkan kerosakan pada bahagian otak terbabit akibat kekurangan oksigen.
Jika strok tidak dirawat dengan cepat atau segera, kematian boleh berlaku hanya dalam tempoh seminit atau sejam, atau seseorang itu boleh hidup tetapi mengalami kecacatan kekal disebabkan kematian sebahagian besar sel otak. 

Antara punca srok adalah:
  • tekanan drah tinggi
  •  kolestrol tinggi
  • gangguan jantung
  • diabetes
  • gaya hidup yang tidak sihat 
  • merokok
  • alkohol
  • fastfood
  • kurang senaman
  • obesiti
  • Stress yang kronik 
Bila baca pasal ni dan tahu punca salah satu strok adalah disebabkan stress, memang NGERI. Teringat pengalaman in charge untuk sedia montaj sempena hari guru. Memang stress melampau, tidur tak cukup dan dek kerana tu la setiap hari saya doa dengan Allah jauhkan ku dari penyakit2 tersebut. Alhamdulillah bila semua setel, stress pun hilang. Bahaya stress ni. 

Jadi untuk hidup sihat, untuk kekal cergas selain daripada berdoa ke Allah Taala kita juga wajib mengambil langkah berjaga-jaga. Antaranya adalah seperti: 
  • berhenti merokok 
  • sentiasa bersenam
  • amalkan pemakanan yang sihat - bukan makan fast food je
  • elakkan dari memakan terlalu kerap daging merah 
  • buat pemeriksaan kesihatan secara berkala - check tekanan darah, check jantung, gula dalam darah dll
  • elak dari stress melampau. Kalau stress pergi cepat-cepat ambil wudu' dan solat ataupun istigfar banyak2
Selain amalkan langkah-langkah seperti di atas, kita juga disarankan untuk amalkan suplemen untuk kesihatan yang optimum. Antara suplemen yang sesuai adalah VIVIX. 


Kenapa VIVIX?

Kerana VIVIX mengandungi bahan-bahan yang unik yang dicampur bagi mendapatkan hasil yang superb. Kandungan yang terdapat dalam vivix adalah Polygonum Cuspidatum, Anggur Muscadine, Elderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polygonum Cuspidatum yang terkandung dalam Vivix itu mampu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolestrol, mengawal tekanan darah serta mengurangkan berat badan.Dan ke semua bahan-bahan utama Vivix ini telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.



Tapi yang menjadi persoalannya ialah VIVIX itu MAHAL.Huhu. Cuba anda buat perbandingan yang mana lagi mahal harga sebotol VIVIX atau harga bagi pembuluh darah yang pecah yang tiada galang gantinya. Harga pembuluh darah itu tak ternilai kalau nak dibandingkan dengan harga sebotol VIVIX. 

Jadi tepuk dada, tanya selera. Kalau saya mampu berusaha untuk dapatkan sebotol VIVIX untuk keluarga saya dan ibubapa saya, kenapa anda TIDAK? Kesihatan adalah anugerah rahmat dari Allah tak ternilai.. Kalau kita boleh beli baju, barang2 kehendak kita..tak salah beli sesuatu untuk yang tersayang.. lagi2 mereka yang telah melahirkan dan menjaga kita dari kecil?

Strok akibat pembuluh darah pecah?? Owhh tidak. Jom amalkan dengan sesudu VIVIX setiap hari. 



Untuk order:


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah diseluruh Malaysia. COD area Parit Buntar, Bagan Serai & Nibong Tebal. 

Hubungi : 
AZNA - 0136295367
FB: Noor Azna 

0 comments: