Saturday, August 16, 2014

KENAPA PERLU SUPLEMEN? KENAPA BUKAN UBAT?


"Buat apa aku makan suplement. Aku bukan sakit pon."

"Kenapa kau jumpa doktor. Kau kan makan supplement mestilah sihat selalu."

"Saya tak suka makan supplement sebab ini semua taktik nak kaut untung syarikat yang jual supplement."

Pernah dengar tak bebelan yang selalu je bermain dibibir-bibir masyarakat kita yang konfiden die SIHAT, yang konfiden badannya CUKUP NUTRIEN. 

Susah macam ni. Sepatutnya sebagai pengguna & empunya badan kita kena tahu apa telah berlaku di sekeliling kita. Bagus ke tidak makanan yang kita amik? Organik ke tidak sayur-sayuran & buah-buahan yang kita makan? Tak kira usia tua atau muda, zaman sekarang mudah sangat nak dapat penyakit. Kita ni makin tua bukan makin muda atau sentiasa muda. Banyak sel-sel dalam badan kita yang sudah rosak atau musnah. Jadi kita perlukan nutrien yang cukup untuk membantu badan kita. Tapi bila kita ambil mudah hal ini, pastinya kita akan mudah terdedah dengan PENYAKIT kadang-kadang bleh terus kepada PENYAKIT KRONIK

Bila kena penyakit, so jalan paling selamat kita pergi klinik atau hospital. Doktor bekalkan ubat. Balik rumah makan ubat sampai sembuh. UBAT? Bagus ke sebenarnya ubat untuk kita? Pernah amik kisah tak bagaimana ubat terhasil atau dari mana sumbernya? 

Ibu saya ada masalah kolestrol tinggi, doktor bekalkan ubat. Tapi ubat tu mak saya takut nak makan. Nak tahu sebab apa? Lepas saya check dengan teliti, rupanya bila sentiasa amalkan ubat tersebut boleh mengundang kepada kemusnahan hati dan beberapa organ yang lain. Ini kesan sampingannya. Ya memang amik masa yang lama untuk terkena kerosakan tersebut. Tapi korang SANGGUP ke? Saya tak sanggup & saya tak benarkan mak saya makan. Sekarang ni apa yang mak saya amalkan? Makan madu, kontrol makan & amik phytocol-st shaklee.HEHE

Sebenarnya ubat berbeza dengan suplemen. Saya dulu pun tak kenal apa itu suplemen. Asalnya saya tertarik dengan idola saya DR HALINA. Beliau amalkan satu supplemen ni. Doktor amalkan supplemen uoollsss. Takde ubat2 hokeyy! Walaupun harga mahal sikit, demi untuk nak jadi macam doktor halina, ku pejam mata je. Lepas consume, haah memang nampak banyak sangat perubahannya. Hah dari situ la saya tertarik untuk mendekati SUPPLEMENT. Lagipun memang saya tak suka UBAT. Dah lama kesedaran tentang bahaya ubat ni. Tapi bila kita tak tahu alternatif lain, jadi klinik juga tempat tujuannya bila segala cara tradisional tak jalan.  

Fuh, panjangnya cerita. Ok jom kita semak apa beza UBAT & SUPPLEMENT? KENAPA BAHAYA UBAT. 



APA ITU UBAT?

1. Ubat sama sekali ganjil dengan tubuh badan. Ia tidak menjadi sebahagian daripada tisu-tisu badan kita, tidak juga menyumbang bahan-bahan berkhasiat.

2. Ubat ialah ejen-ejen bahan kimia yang kuat yang boleh mengubah fungsi –fungsi secara menggangu tindakan biokimia dan proses enzim.

3. Ubat boleh mengakibatkan kesan sampingan. Kebanyakkan boleh kekal dalam badan. Malahan aspirin boleh kekal menyebabkan ganguan dalam perut, pendarahan dalam perut, loya, ganguan penglihatan, ganguan mental, bintik-bintik merah, telinga berdengung, ganguan penghadaman, dan akhirnya kematian.

4. Ubat bertindak baik hanya secara berasingan. Ianya boleh mengangu satu sama lain dan berkebolehan menghasilkan kesan-kesan sampingan.

5. Ubat baik dimakan biasanya di pertengahan waktu makan untuk mengelakkan hal yang saling mempengaruhi atau pencairan oleh kesan daripada makanan.

6. Ubat berkemungkinan membawa maut. Salah guna atau berlebihan boleh membunuh. 

7. Ubat menghasilkan kesan kepada setiap orang. Tidak kira apa keadaan seseorang itu. Seseorang boleh merasai kesan pengambilannya.

8. Ubat bertindak cepat dan menakjubkan. Seseorang boleh menerima kesanya dalam jangka masa yang pendek beberapa minit atau jam.

9. Ubat merawat kesan atau tanda-tanda sakit tetapi bukanya merawat punca sakit. Ianya hanya menutup kesakitan,  sebaliknya ia tidak memulihkan. Tidak ada keadaan badan yang disebabkan oleh kekurangan apa-apa ubat. Contohnya sakit kepala, bukan disebabkan kekurangan aspirin pada sesuatu sistem.

10. Orang tua biasanya memerlukan ubat pada sukatan yang rendah kerana mudah mendapat kesan sampingan yang serius jika dibandingkan dengan orang muda.

11.   Ubat perlu diberi pengawasan yg teliti bagi menghalang kelebihan sukatan yg merbahaya ke arah tindakan sampingan.

12.   Ubat sebenarnya boleh menghasilkan penyakit disebabkan oleh kesan sampingannya.


APA ITU SUPLEMEN (MAKANAN TAMBAHAN)? 


1. Bahan berkhasiat kesemuanya adalah semulajadi dan penting kepada tubuh badan. Jika kita kurang mengambilnya, kita akan mati atau sengsara akibat kelemahan fungsi organ.

2. Bahan-bahan berkhasiat bertindak dengan membantu tindakan biokimia dan pemprosesan enzim.

3. Bahan berkhasiat tidak menimbulkan kesan sampingan. Menggunakannya berlebihan hanya tergangu sementara. Oleh itu badan akan membina system enzim untuk menghadapi bahan berkhasiat, ianya bersedia menghadapi kelebihan.

4. Bahan berkhasiat bertindak lebih baik secara bersatu antara satu sama lain ibarat rantai. Kesemuanya harus bergabung untuk menghasilkan kesan yang lebih baik.

5. Bahan berkhasiat baik diambil bersama makanan. Ianya lebih berkesan menyerap bersama makanan dan mempertingkatkan keberkesanan penghadaman lain-lain faktor makanan.

6. Bahan berkhasiat adalah selamat. Tiada satu pun kenyataan yang tercatit mengenai merbahayanya dengan pengambilan vitamin, zat galian dan asid amino.

7. Bahan berkhasiat tidak menghasilkan tindak balas kepada seseorang. Ianya hanya memberi kesan sekiranya bahan-bahan berkhasiat ternyata kekurangan dalam tubuh badan.

8. Bahan-bahan berkhasiat bertindak secara perlahan-lahan dalam jangka masa yang panjang. Ia kebiasannya mengambil masa berbulan-bulan untuk mencapai kesan kejayaan.

9. Bahan berkhasiat bertindak merawat terhadap PUNCA penyakit sekiranya digunakan kerana menampung kekurangannya. Jika sesuatu keadaan yang sedia ada itu berpunca dari kekurangan sesuatu bahan berkhasiat yang tertentu oleh itu menambahkannya ketika mengambil makanan dapat mengatasi masalah serta kerosakan yang telah terjadi dan tidak berulang lagi.

10. 
Orang tua memerlukan lebih banyak bilangan bahan berkhasiat oleh kerana faktor2 kekurangan yg berlarutan begitu lama serta penghadaman yg lemah.

11. Pengambilan bahan berkhasiat tidak memerlukan pengawasan yg rapi sebagaimana pengambilan ubat-ubatan. Setiap sel badan hanya menerima bekalan bahan berkhasiat dgn terhad. Apabila keperluannya mencukupi, ia tidak akan menerimanya lagi. Kelanjutan berlebihan bahan berkhasiat adalah rendah. Keselamtannya amatlah terjamin

12. Bahan berkhasiat sedia memelihara (mengawal) badan daripada penyakit2 dengan pertama, menguatkan sel2 daripd serangan kuman bakteria , virus dan lain2. Kedua, melambatkan proses kemunduran (kelemahan organ berfungsi dengan baik) didlm badan.


Secara kesimpulannya ubat di ambil ketika kita sakit sahaja. Supplement boleh diambil bila-bila masa dan yang paling penting minum air banyak semasa mengambil supplement. Ubat mengandungi dadah yg membolehkan ia bertindak dengan cepat. Supplement tidak menggunakan dadah tetapi mengandungi banyak vitamin-vitamin yang sihat yang digunakan untuk melawan segala penyakit.

Sudah terang lagi bersuluh. Memang terdapat perbezaan antara ubat dan supplement. Bukan saya kata, tapi orang lain kata,"Mencegah lebih baik daripada mengubati."

Jadi yang mana lebih baik?

Tepuk dada tanya akal fikiran….


Salam sayang dari saya, 

Teacher Azna
Pengedar Shaklee yang sah :) 




0 comments: