Friday, August 29, 2014

Panduan Penyusuan susu ibu untuk ibu bekerjaya

Setelah habis tempoh berpantang, pastinya anda akan kembali untuk bekerja semula. Jangan jadikan isu kerja sebagai penyebab untuk anda STOP menyusukan anak. Harus teruskan. Sebab kita tahu susu ibu adalah susu yang TERBAIK untuk anak kita. Saya menyusukan anak, memang anak susah sangat nak demam, nak sakit.

Di sini, saya selitkan 4 panduan untuk persediaan awal bagi si ibu sebelum kembali bekerja:

  • Keazaman & sokongan padu - Ini penting. Tanpa azam yang tinggi, kita mudah kecundang. Jadi untuk menyusukan anak secara eksklusif , si ibu haruslah mempunyai keazaman yang tinggi kerana bila start bekerja, bebanan dan tanggungjawab makin bertambah. Kadang2 bila kita penat maka akhirnya menyebabkan kita stress sekaligus tanpa kita sedar memberi kesan kepada penghasilan susu. Ingat jangan STRESS. So, nak elakkan stress pastinya anda perlu sokongan dari  orang2 keliling anda terutama suami. Mungkin suami boleh tolong kurangkan beban dengan membasuh segala kelengkapan mengepam

  • Pam payudara berkualiti. Sebagai ibu yang ingin menyusukan anaknya dalam tempoh yang lebih lama, seelok-eloknya belilah pam payu dara yang bergred hospital. Memanglah kosnya mahal berbanding pam biasa, tapi ia berbaloi untuk tempoh dan penggunaan yang lama. Anda boleh memilih sama ada yang manual atau mengguna tenaga elektrik atau bateri; nak beli pam single atau double. Itu semua bergantung pada kewangan anda.Tapi utk lebih efisien dan menjimatkan masa sesuai utk ibu yg bekerja, seeloknya pilih double breastpump. Namun begitu, ini semua bergantung kepada bajet masing-masing. Tiada paksa ye. Janji rajin :)
  • Kelengkapan penyusuan mencukupi. Perlu sediakan kelengkapan supaya proses perahan berjalan dengan lancar dan susu yang dibawa pulang dalam keadaan yang berkualiti. Jadi, anda perlulah menyediakan beg pendingin utk menyimpannya. Kalau kat tempat kerja ada peti sejuk, takde masalah. Boleh je simpan sementara waktu. Tapi ingat jangan bekukan ye.Selain itu, anda juga perlu sediakan pek air yg boleh bertahan sejuk sepanjang susu perahan berada dalam beg pendingin. Kalau boleh sediakan sekurang2nya 6 pek ais. Sama juga dengan bekas simpanan susu. Pun penting. Sediakan botol atau beg plastik khas. Di rumah pengasuh/nurseri pula, eloklah disediakan tempat pemanas botol susu supaya ia menyenangkan kerja pengasuh itu sendiri. Takdela orang cakap leceh nak sediakan usu ibu utk bayi ni. 
  • Kumpul bekalan susu ibu perahan. Ini penting supaya kita tak terkial2 bila dah stat kerja nanti. Maksudnya, semasa dalam pantang eloklah pam susu sekerap yang mungkin tanpa ngelat. Seelok2nya 3jam sekali. Anda juga boleh mengamalkan tandem pumping, pam sambil menyusukan anak. Apa yang penting, pastikan payu dara anda benar-benar kosong setiap kali sesi mengepam dilakukan. 
Semoga tips di atas ini, dapat menolong menyediakan ibu-ibu bekerjaya yang bakal bersalin atau sedang dalam pantang. Sediakan payung sebelum hujan, kelak takdela stress bila tengok stok susu makin kurang. Jangan lupa, minum air yang banyak dan makan makanan berkhasiat supaya penghasilan susu bertambah dan berkualiti.. 



0 comments: