Wednesday, September 17, 2014

PETUA NAIKKAN SERI WAJAH

Assalamualaikum & selamat pagi uuoolls =)

Hari ni Azna nak share dengan korang pasal petua untuk naikkan seri wajah.

Yess..seri wajah memang sinonim bilamana korang nak kahwin. 

Once dah set tarikh kahwin, mula la korang kalut especially yang pompuan. Memacam petua nak buat, pegi facial lagi, pegi buat treatment la..Tu semua semata-mata nak nampak cantik kan. Nak bagi berseri-seri ketika hari bahagia tu kan. Pakai mekap pun tak nampak macam muka tepung gomak. Elok sekata je kan. =)

Azna dulu pun macam tu jugak tau.. p rata-rata tempat untuk tujuan yang sama.. tempat facial okey bukan tempat bukan2..no botox..no suntik2..seraammm.. Satu lagi yang Azna amalkan adalah pengambilan suplemen. Penting ni tau bukan untuk luaran je kena berseri tapi untuk dalaman sama. 

Dan bila kita usahakan dari awal, Alhamdulillah memang nampak hasilnya. Jadi sesapa yang bakal berkahwin bulan Disember ke atau November ke dah boleh stat dah ni. Jangan tunggu seminggu nak kahwin, baru terkedek-kedek nak buat rasa hasilnya tak bape Ummpphhh kot..hehehe


Ada nampak berseri tak muka azna ni? Ekeke...

Petua ni ada banyak stail. Secara tradisional ada, secara moden pun ada. Cuma yang tradisional tu antara korang sanggup buat ngan tak je la. 

Ok,meh kita tengok petua tradisional yang Azna cedok dari Che Petua 

1. Kulit pisang yang dah masak (kaler kuning tu) 

Salah satu cara untuk merapikan kulit. Caranya ialah dengan menggosok bahagian sebelah dalam kulit pisang itu ke muka anda. Setelah digosok biarkan seketika dan kemudian barulah dibilas dengan air yang bersih. 

2. Air kelapa tua 

Ni petua orang-orang tua dulu tau. Mencuci muka dengan menggunakan air kelapa tua. Korang cuci muka dengan air kelapa tua dan biarkan dulu selama 10 minit. Then, baru bilas dengan air bersih. Amalan ini untuk membantu menjadikan kulit wajah sentiasa lembap. 

3. Minum air inai

Amalan meminum air inai mampu untuk menaikkan seri wajah dan mengawetkan lagi muka anda. Guna daun inai tau jangan pulak korang beli inai dalam tiub yang berlambak dijual kat kedai tu. No..No..No.. ye

Caranya ialah ambil segengam daun inai dan rebus dengan air sebanyak 2 cawan. Rebus sehingga air tu menyejat sehingga tinggal lebih kurang  secawan jer. Selesai merebus, biarkan sejuk dan amalkan minum tiga kali seminggu. Mudah-mudahan wajah korang akan kelihatan awet muda dan berseri-seri seumpama matahari bersinar giteww.. hihi

__________________________________

Tapi zaman serba moden, macam-macam je produk yang leh kita amik. Sebagai contohnya suplemen. 

Dan Azna cadangkan korang amalkan makan suplemen Shaklee. Suplemen yang asli, semulajadi, tanpa bahan kimia, tanpa pewarna dan tanpa pengawet. Dijamin menjadi dan selamat 

Anda nak nampak cantik dan kulit tegang seperti pengguna Shaklee dibawah yang hanya mengamalkan suplemen Shaklee dan pencuci muka Shaklee sahaja tau. 

Jom mula dari skang. Hasilnya sangat AWESOME!


Jadi antara Vitamin yang sesuai untuk KULIT adalah : 

1) Vitamin C
kulit memerlukan Vitamin C untuk membentuk kolagen. Kolagen ibarat simen yang mengikat batu-bata (protein), supaya kulit sentiasa kenyal. Kekurangan kolagen membuatkan tubuh anda mudah lebam dan calar, kering dan bersisik. Kolagen yang cukup daripada Vitamin C yang baik membuatkan kulit anda kelihatan bersinar dan gebu.

2) Vitamin E
memang diketahui umum adalah vitamin untuk kecantikan kulit, melawan penuaan. Vitamin E bersifat anti-oksidan dan larut lemak.

3) B-Complex
B Complex ( B for Beauty) menjaga kesihatan kulit daripada dalam. Ia membantu mengurangkan garis-garis halus di kulit. Vitamin B Complex juga penting untuk melanin yang memberi warna pada kulit. Lebih kerap anda berada di bawah matahari, lebih banyak B Complex diperlukan.

4) Energizing Soy Protein
keanjalan kulit …protein penting kepada mereka yang ingin kulit yang cantik dan ton warna yang sekata. Mereka yang mempunyai bekas jerawat yang berwarna hitam adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel mati yang berwarna hitam tersebut.

5) Collagen Powder
Semakin meningkat usia, kolagen dalam badan akan semakin berkurangan. Kemerosotan semulajadi ini boleh dipulihkan melalui makanan tambahan. Pengambilan makanan tambahan secara tetap dapat menggantikan kolagen yang hilang. Bukan itu sahaja, malah berupaya menyegarkan semula kulit sihat, mengurangkan kemunculan garis-garis halus dan kedutan, menguatkan kuku dan menyuburkan rambut. Jadi boleh mencuba Shaklee Collagen Powder. Merupakan supplemen kolagen hebat yang mengandungi 4,000 mg proprietary RSS (Red Snapper Scale) Collagen, kolagen yg berkualiti tinggi dan tulen yg di ekstrak dari sisik ikan merah.

Kalau vitamin untuk penjagaan kulit dari dalaman, bahagian luaran kulit pula jangan dianak tirikan. Jadi untuk luaran korang cuba pencuci muka NutriWhite Shaklee– Gentle Deep Foaming Cleanser.
Keistimewaan produk ini?
  • Menjadikan kulit wajah kita segar dan bersih
  • Rumpai laut menghilangkan kekotoran, membuang sel-sel mati dan menegangkan
  • Alga Hijau menyahtoksin dan melembapkan
  • Strawberi Begonia mencerahkan dan mengimbangi pigmen
  • Memberi cucian lembut dan menyegarkan serta tidak menghakis atau mengelupas
Saiznya agak besar iaitu 150ml. Tapi berbaloi-baloi. Guna sedikit saje tak sampai pun sebesar kacang hijau dah berbuih banyak. Macam ni bolehla guna sampai setahun.

Rasa segar dan nyaman sebaik sahaja wajah ni dicuci dgn Nutriwhite Shaklee. Kulit pun rasa lembut dan licin. Pencuci muka Nutriwhite Shaklee ni selamat kerana bebas dari bahan kimia dan sintetik berbahaya. Dan ia setanding dengan pencuci muka Estee Lauder & SKII tau. Tak percaya? Moh cuba.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


NOOR AZNA BINTI AWANG
♥ sms/whatsApp: 013-6295367
♥ Emel : teacherazna@gmail.com
♥ Fb: www.facebook.com/vitaminhalalsuci sila klik LIKE utk info terkini.

Monday, September 15, 2014

TANDA-TANDA BADAN ANDA DALAM PROSES NYAHTOKSIN

Credit to: Blog Kroh

Apabila tubuh tidak pernah melakukan proses detox atau nyah toksin sejak lahir, biasanya tubuh akan menghantar ‘tanda’.

Tanda-tanda sakit yang selalu kita rasakan ini sebenarnya berhubung kait dengan fungsi badan yang lain. 

Semua ini adalah tanda-tanda bahawa tubuh perlu menjalani proses nyah toksin bagi membersihkan ruang yang tersumbat.

Bacalah untuk menilai sejauh mana kesihatan diri anda :-

1. MATA (Bertindak balas dengan keadaan hati).
i) Mata menjadi merah : Hati mengandungi paras toksin yang tinggi.Mata menjadi merah menandakan badan kita sedang dalam proses pembuangan toksin.
ii) Mata menjadi kabur : Sering berlaku pada waktu pagi. Menandakan proses penyeimbangan hati sedang berlaku.
iii) Keluar tahi mata : Fungsi hati lemah, pembuangan toksin sedang berlaku. Ini juga menunjukkan badan mengandungi asid berlebihan.iv) Keluar air mata : Gangguan emosi yang bersangkut dengan hati atau bebanan kerja
v) Ketegangan mata dan kelopak : Tekanan perasaan kerana tidak puas hati atau bebanan yang berat.

2. HIDUNG
Hidung mempunyai hubungan rapat dengan paru-paru dan kerongkong.
i) Selesema : Proses pembuangan toksin di bahagian kerongkong. Badan mengandungi asid berlebihan (biasanya suhu badan meningkat).
ii) Hidung sumbat : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.
iii) Bersin
a. Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
b. Proses menyeimbangkan masalah alahan hidung.

3. BATUK
i) Batuk keluar kahak : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong.
ii) Batuk tanpa kahak : Paru-paru mengandungi toksin yang berlebihan.
iii) Batuk dan berasa gatal di kerongkong : Proses membuang toksin di bahagian kerongkong dan paru-paru, biasanya berlaku pada orang yang banyak merokok atau terdedah kepada udara yang tercemar.

4. KERONGKONG
i) Kerongkong kering: Proses membuang toksin sedang berlakudi seluruh badan. Ini adalah tanda bahawa badan kita memerlukan banyak air untuk membuang toksin.
ii) Sakit kerongkong: Seperti di atas. Paras keracunan lebih serius.

5. BIBIR (Berkaitan dengan fungsi sistem penghadaman)
i) Bibir pucat
a. Sistem penghadaman yang lemah.
b. Perut mengandungi angin.
c. Kurang darah yang disebabkan oleh sistem penghadaman yang kurang sempurna dan mengakibatkan kekurangan zat besi.
ii) Bibir kering dan pecah: Perut mengandungi banyak bahan toksin.

6. MULUT DAN LIDAH : Berkaitan dengan fungsi jantung dan sistem pengedaran darah.
i) Lidah atau gusi bengkak, sakit : Menunjukkan jantung mempunyai masalah, seperti lemak yang berlebihan, injap menjadi lemah, saluran koronari tersumbat dan lain-lain lagi.
ii) Lidah, tisu mulut atau gusi menjadi pecah-pecah (ulser): Menandakan darah mengandungi asid berlebihan.
iii) Mulut berbau busuk: Proses penyeimbangan fungsi perut untuk pembuangan toksin.

7. TELINGA: Berkaitan dengan buah pinggang.
i) Telinga terasa tersumbat : Buah pinggang mengandungi toksin berlebihan.
ii) Telinga berdengung : Sedang merawat buah pinggang yang lemah.Biasanya tapak kaki terasa sakit ketika bangun pagi dan sakit itu hilang setelah berjalan-jalan.

8. KULIT BERPELUH :
i) Peluh masin : Badan mengandungi lebihan asid urik.
ii) Peluh berbau : Badan menyingkirkan toksin melalui perpeluhan.

9. RUAM DAN BISUL : Badan menyingkirkan toksin yang berlemak dan toksin yang tidak larut dalam air.

10. KULIT GATAL DENGAN RUAM : Proses menyingkirkan toksin melalui kulit akibat terlalu banyak memakan ubat yang mengandungi bahan kimia.

11. KULIT PECAH DAN BERAIR : Proses pembuangan toksin yang larut dalam air.

12. RAMBUT GUGUR : Menandakan fungsi buah pinggang yang lemah. Selepas proses gugur, rambut akan tumbuh semula dengan lebih sihat dan subur.

13. SENDI-SENDI, TANGAN DAN KAKI
i) Sakit Sendi
a.Rasa panas. Menunjukkan terdapat luka di bahagian sendi berkenaan dan tanda- tanda penyakit pirai (gout).
b. Tidak rasa panas Tanda-tanda sakit lenguh (rheumatism).
c. Sakit di bahagian bahu. Menandakan saluran darah telah menjadi keras dan fungsi metabolisme tidak seimbang.
ii) Kebas Tangan: Pengaliran darah di bahagian atas badan tidak lancar.
iii) Kebas Tangan Kiri dan lengan: Tanda-tanda lemah atau sakit jantung. Jika rasa kebas menjadi sakit di bahagian lengan dan kekal di sana, ini menandakan serangan sakit jantung mungkin berlaku.
iv) Kebas Kaki : Pengaliran darah di bahagian bawah badan tidak lancar.
v) Sakit Tapak Kaki : Menandakan buah pinggang lemah. Biasanya disebabkan oleh kekurangan senaman dan duduk terlalu lama.
vi) Sakit Tumit Kaki : Menunjukkan kelemahan fungsi alat kelamin.
vii) Rasa Panas Di Tapak Kaki: Penyeimbangan fungsi buah pinggang akibat lemah tenaga batin.
viii) Gatal Di Celah-Celah Jari Kaki : Menunjukkan tanda awal penyakit kaki busuk (Hong Kong Foot).

14. TANDA-TANDA DALAMAN
i) Kepala: Secara amnya, segala tindak balas yang berlaku di bahagian kepala mempunyai kaitan dengan sistem pengaliran darah, jantung dan saraf otak.
ii) Pening/Sakit Di Bahagian Depan Kepala : Menandakan sakit tekanan jiwa (neurosis) akibat bebanan mental dan banyak berfikir.
iii) Pening/Sakit Di Bahagian Belakang Kepala
a. Bahagian atas : Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi.
b. Bahagian bawah (tengkuk): Menunjukkan penyakit tekanan darah tinggi atau tekanan darah.
iv) Sakit Kepala dan Rasa Gas Keluar Dari Telinga :Menandakan penyakit migrain.
v) Bisul Terjadi di Kepala : Tanda pembuangan toksin sedang berlaku. Kadang-kadang dikaitkan dengan penyakit migrain.
vi) Rasa Pening Yang Memusing : Tanda kurang darah atau pengaliran darah tidak lancar.

15. MULUT/KERONGKONG/LIDAH
i) Loya/Muntah: Tanda penyakit lelah. Pembuangan bahan toksik dari bahagian perut.
ii) Muntah darah
a.Darah merah : Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian kerongkong dan
b. Darah hitam: Pembuangan tisu yang sudah rosak di bahagian perut; misalnya penyakit ulser.

16. LIDAH RASA TEGANG DAN PENDEK : Tanda sakit jantung.

17. KELUAR AIR LIUR YANG PEKAT . Proses pembuangan toksin dari kerongkong akibat jangkitan kuman

18. KENCING
i) Kerap Kencing : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran
ii) Air Kencing Berkapur: Menunjukkan penyakit batu karang dalam buah pinggang.
iii) Air Kencing Berminyak : Menunjukkan buah pinggang mengandungi kotoran berlemak.
iv) Air Kencing Pekat Berwarna Coklat : Menandakan proses pembuangan toksin sedang berlaku.
v) Air Kencing Berdarah: Penyakit batu karang atau buah pinggang luka.

19. BUANG AIR BESAR
i) Cirit-Birit/Kerap Buang Air Besar : Membersihkan kotoran/keracunan dari usus besar.
ii) Sembelit : Membersihkan toksin dari usus kecil.
iii) Najis Berdarah
a. Darah merah : Masalah penyakit buasir atau barah di bahagian usus.
b. Darah hitam: Masalah penyakit ulser perut.
iv) Najis Berwarna Hitam : Menunjukkan proses pembuangan toksin di bahagian usus sedang berlaku.

20. BADAN
i) Rasa sakit : Secara amnya, segala kesakitan badan adalah disebabkan saluran darah.
a. Sakit menyucuk : Proses menyeimbangkan urat saraf.
b. Sakit sengal: Menandakan luka di dalam badan.
c. Sakit menyentap: Proses menyeimbangkan urat saraf yang berkaitan dengan organ-organ badan.
d. Sakit menegang : Proses melancarkan pengaliran darah.
ii) Badan Terasa Berat/Malas/Lenguh: Badan mengandungi asid yang berlebihan. Proses penyeimbangan
iii) Badan Terasa Panas : Badan mengandungi asid yang berlebihan. Ini menandakan badan memerlukan banyak air untuk menjalankan proses pembuangan toksin.
iv) Badan Terasa Ringan :Menandakan badan segar dan proses awet muda sedang berlaku.

21. RASA TAKUT MENGEJUT : Lemah fungsi buah pinggang. Tenaga batin lemah.

22. CEPAT NAIK DARAH/MARAH : Fungsi hati lemah. Tekanan darah tinggi.

23. RASA BIMBANG DAN TAKUT : Sistem paru-paru yang lemah.

24. RASA SERONOK ATAU BIMBANG TANPA SEBAB :
i) Sistem jantung yang lemah.
ii) Sistem saraf otak yang lemah.
iii) Masalah pengaliran darah.

25. SUKA BERFIKIR DAN BERKHAYAL : Sistem penghadaman yang lemah

_________________________________________________

Jadi untuk elak dari semua ni berlaku dan cegah aura negatif pada emosi dan badan kita maka saya lebih selesa dengan suplemen yang saya amik. Iaitu ALFALFA & HERB-LAX 

Dua produk ni memang sangat-sangat membantu dalam menyahtoksin daripada darah kita secara buang air besar. 

Kita tahu dua organ utama yang membantu dalam nyahtoksin adalah hati dan usus. Jadi kita harus jaga usus kita sebaik mungkin. Supaya proses nyahtoksin berjalan dengan lancar. 

Untuk tahu tips dan cara penggunaannya dengan lebih lanjut, anda boleh hubungi saya: 

Untuk order:


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah diseluruh Malaysia. COD area Parit Buntar, Bagan Serai &; Nibong Tebal. 

Hubungi : 
AZNA - 0136295367
FB: Noor Azna 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA

Permulaan tajuk yang sesuai untuk orang yang masih 'baru' tentang produk Shaklee

Saya tau dalam berjuta-juta penduduk di Malaysia ni, tak semua yang tahu produk berjenama Shaklee kan!

Orait. Jom baca sampai habis ye! Sebab kalau korang tak baca habis, sampai bila-bila korang takkan tahu apa sebenarnya yang berselindung di sebalik nama Shaklee dan kemudian nilai sendiri kenapa ia masih kekal selama 5 dekad.

SHAKLEE

Sebuah nama syarikat yang begitu gah. Masakan tidak. Dah 50 tahun menapak tanpa pernah rasa tergugat dengan syarikat-syarikat lain. Malah dah berderet anugerah yang Shaklee terima.

Pengasas shaklee bernama Dr. Forrest C. Shaklee.


Sejarah Shaklee bermula pada tahun 1915, apabila Dr Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. 

Kemudiannya pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. 

Tatkala orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semula jadi- dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin. 

Dr Forrest juga merupakan antara orang yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia. 

Dikala syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan  dan pemasaran, Shaklee melaburkan duit berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee. 


Seperti yang saya cakap sebelum ni, Shaklee dah banyak mendapat pengiktirafan di mata dunia

1990 - Menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu daripada 10 buah syarikat yg mesra alam sekitar
2000 - Syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan " Climate Neutral" 
2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat
2002 - Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International 
2007 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yg mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr Jeffrey D. Sachs 
2007 - Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi eksklusif kepada penghasilan video bertajuk: "Creating Healthy Enviroments for Children." 
2007 - Shaklee dipilih oleh pengeluar filem "The 11th Hour" (dokumentari alam sekitar yang dilakokan oleh Leonardo DiCaprio) sebagai rakan kongsi pengeluar filem - merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee sebagai penerajui alam sekitar. 

Falsafah Shaklee 

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja
Dek kerana itulah, maka Shaklee menghasilkan produk semulajadi yang luar biasa. 

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu tiga perkara adalah benar: Ia adalah sentiasa selamat, Ia adalah sentiasa berkesan dan Ia adalah sentiasa mesra alam. 


SHAKLEE ALWAYS SAFE

Saintis Shaklee telah mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Dan pastinya ia bebas dari mana-mana logam berat, bebas dari racun perosak dan bebas dari bahan pencemar lain yang berbahaya. 

Secara teknikalnya, produk Shaklee tiada parabens, Triclosan, Phthalates, Sodium Lauryl Sulfat (SLS), Natrium Sulfat Eter Laury (SLES), 1,4-dioxane atau propilena glikol. 
  • Tiada bahan yang diharamkan
  • Tiada pewarna
  • Tiada lemak trans 
  • Tiada pemanis tiruan atau perisa tiruan

Shaklee juga tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji mereka. Malah botol pembungkusannya pun selamat dan bebas daripada biophenol toksin-phthalates dan dakwat toksik. Itu sebab saya benar-benar pasti bahawa Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan. 

ALWAYS WORKS 

Selalunya syarikat-syarikat lain akan mendakwa produk mereka berkesan, produk mereka bagus
Tapi bagi Shaklee, bukti yang paling penting. Sebab tu Shaklee sanggup melaburkan lebih daripada 300 juta USD untuk tujuan ujian klinikal. penyelidikan dan pembangunan. 

Hasilnya keberkesanan produk Shaklee tercatat pada lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 daripada mereka yang disiarkan dalam jurnal. 

Dalam kajian tahun 2007 dikenali sebagai "Landmark Study" dijalankan bersama dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam yang menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin jenama lain. 

Jadual ni adalah hasil dari kajian tersebut dan ternyata Shaklee adalah produk yang terbaik 

ALWAYS GREEN 

Kami menjadi contoh dalam memimpin gerakan alam sekitar 

Dr Forrest Shaklee mengasaskan syarikat Shaklee berdasarkan prinsip Hidup Harmoni dengan Alam Semulajadi. 

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan "Climate Neutral™" dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan pelepasan karbon menghasilkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar.

Melalui jualan daripada Shaklee Get Clean® Basic H²®, Shaklee telah menghapuskan 2.7 bilion botol konvensional 26-auns pembersih tingkap.




Jom kita lihat video tentang perbezaan Shaklee :



Harap semua faham ye =)
Tak paksa pun untuk jatuh cinta

Wednesday, September 10, 2014

Tip-tip Melayan anak si PICKY EATER


Mempunyai anak yang susah untuk makan memang la mencabar kesabaran dan keimanan kita sebagai ibu bapa. Bila dihidangkan makanan, ada je yang tak kena. Paling sedih bila si anak tolak mentah-mentah makanan yang disediakan. Mesti si ibu akan rasa frust, sedih dan risau.

Tapi INGAT!

Untuk menangani masalah ini bukan KEKERASAN yang diperlukan dan juga bukan MEMAKSA. Sekiranya ini yang berlaku, anak anda akan lebih bertindak agresif. Jadi, apa yang perlu kita buat adalah bertenang, bersabar dan menjadi kreatif. Seperti kata pepatah melayu,

"Sekeras-keras kerak nasi, direndam akan lembut juga" 

Tips menghadapi si Picky Eater,

1. Sediakan pelbagai menu makanan setiap kali masa makan. Bersabar semasa melayan kerenah anak sebelum dia bersedia untuk mencubanya. Setiap kali anda perkenalkan hidangan baru, hidangkan seperti biasa di atas meja makan dan jangan terlalu menekankan tentang menu baru tu. Jangan menghidang terus di atas pinggan si anak, dibimbangi die berasa tertekan. Sebaliknya jika dia lihat semua ahli keluarga makan dengan selamba beberapa kali, tentu dia juga terbuka hati untuk mencuba makanan tersebut. 

2. Hidangkan dalam saiz yang kecil. Mereka hanya makan separuh daripada saiz orang dewasa. Contohnya, setengah cawan bijirin atau yogurt, dua keping daging, empat sudu besar sayur dan sepotong roti. 

3. Jangan beri mereka terlalu banyak pilihan. Contohnya jika anada berkata " Sekarang waktu makan malam. Adik nak  akan apa?" Anak anda mungkin akan memilih makanan yang hanya dia makan sahaja. Sebaliknya anda berkata ," Ok ni hidangan makan malam kita." Jadi dia perlu memilih makanan yang dihidangkan sahaja. 

4. Sesekali libatkan anak anda dalam proses penyediaan makanan. Ia termasuk membeli belah dan penyediaa makanan. Tentu sahaja dia berasa lebih teruja untuk mencuba makanan tersebut. 

5. Sentiasa mencari cara bagaimana untuk memastikan anak anda mendapat makanan yang berkhasiat dan dia seronok memakannya. Misalnya, letakkan sedikit tuna atau kepingan daging di atas roti bakar keju dan daging atau tofu dalam sos spagetinya. 

Sumber inspirasi dari Pa&Ma

Tapi dalam Shaklee, tetap ada produk yang mampu meningkatkan selera makan anak di samping membekalkan keperluan nutrisi yang cukup kepada anak. 

Produk tersebut adalah......


Bau French Vanilla yang wangi dan harum 
Hanya masukkan sesudu teh sahaja ke dalam minuman kegemaran si anak atau susu nya

InsyaAllah, mereka akan minum dengan berseleranya. HEHE


Khasiat mealshakes Shaklee: 


Meal Shakes bukan untuk kanak-kanak je, tapi untuk semua lapisan: 


  • Orang dewasa
  • Orang tua 
  • Ibu mengandung
  • Ibu menyusu
  • Untuk yang ingin tambah berat badan 
  • Penghidap Ekczema 
  • Sembelit 
  • Tak sihat 
  • Picky Eater

BERITA BAIK!!!

Sempena SEPTEMBER, Shaklee offer harga menarik untuk MEAL SHAKES 

Beli 3 meal shakes anda akan dapat PERCUMA 1 meal shakes 



Memang jimat dan murah sangat dari harga biasa 

Harga runcit mealshakes RM113.75 

Kalau dengan harga promosi, memang ketara murahnya.

Nak harga lagi murah??? Jom hubungi saya 



Untuk order:


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah diseluruh Malaysia. COD area Parit Buntar, Bagan Serai & Nibong Tebal. 

Hubungi : 
AZNA - 0136295367
FB: Noor Azna 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.










Monday, September 8, 2014

1001 KHASIAT TEH UNTUK SI PENGAMALNYA

TEH?

Saya memang peminat TEH. Bila cuaca panas, minuman yang akan saya order adalah TEH O AIS. Bila minum terasa segarnya. HEHE. Tapi saya tak suka TEH yg dicampur dengan susu. Malah memang terbukti bahawa teh yang dicampur dengan susu waima susu pekat manis, segala zat-zatnya akan hilang. Rugi! Lebih elok kalau minum teh kosong je. HEHE

Baiklah, terus kepada topik hari ni......

Tahukah anda, teh sudah diamalkan sejak zaman dahulu kala lagi terutamanya dalam bidang perubatan di negara Jepun & China. Kenapa sangat popular dalam bidang perubatan? Sebab TEH mempunyai 1001 khasiat buat si pengamalnya dan teh ni ada macam-macam jenis ; TEH HIJAU, TEH MERAH, TEH PUTIH & TEH ROOIBOS.

Kajian menunjukkan bahawa teh adalah kunci kepada kulit yang cantik. Ini kerana kandungan antioksidannya yang tinggi serta bersama kumpulan vitamin penting termasuk vitamin C & E serta karotenoid & flavonoid. Gabungan kesemua vitamin & antioksidan di dalam teh berfungsi sebagai pertahanan yang dapat melindungi kulit daripada elemen merosakkan dari persekitaran & pemakanan kita sendiri.

Shaklee juga telah memperkenalkan satu produk menggunakan kombinasi beberapa jenis TEH yang diberi nama CINCH ENERGY TEA MIX


Ia selamat & merupakan penggalak tenaga semulajadi kerana di dalamnya telah ditambah dengan taurina.

Cinch Energy Tea Mix adalah pilihan yang terbaik bagi menggantikan minuman kopi, soda atau manisan.

Bagi anda yang masih dalam proses menguruskan badan, saya cadangkan untuk amalkan CINCH ENERGY TEA MIX, kerana ia dapat meningkatkan tenaga & ketahanan tubuh serta mampu mengawal nafsu amakan anda. :)

Cinch Energy Tea Mix boleh diambil dalam keadaan sejuk atau panas... =)

Untuk order:


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah diseluruh Malaysia. COD area Parit Buntar, Bagan Serai &; Nibong Tebal. 

Hubungi : 
AZNA - 0136295367
FB: Noor Azna 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.






Wednesday, September 3, 2014

JAUNDICE - PENYAKIT KUNING BAYI

Hari ni nak share pasal JAUNDICE a.k.a deman kuning yang selalu terjadi kepada bayi2 yang baru lahir. Bagaimana untuk atasinya. Jom kita baca sampai habis. 

JAUNDICE

Jaundice berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Serius ke tidak masalah ini?

Kelekaan atau kelalaian kita dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

MITOS

Hah, selalunya kalu bayi kena kuning memang orang2 tua akan kaitkan dengan letak anak dalam bilik kuning, pakaikan baju kuning dll. Ada tu pulak masa dah lahir tu terus pakaikan bayi baju warna merah2 . Konon nak elak dari terkena kuning. Mungkin ada setengah mitos menjadi. Tapi ada juga yg tak jadi..HEHE

SEBAB JAUNDICE


Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

RAWATAN HOSPITAL 

Kaedah rawatan di hospital melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Bila dah ET maksudnya tahap kuning anak dah makin teruk. 

PERANAN SI IBU

Jadi bila anak disahkan menghidap kuning, pastikan ibu susukan anak sekerap yang mampu. Sebab susu badan ibulah yang menjadi penawar kepada penyakit kuning anak. 

Saya dulu pun mengalami situasi yg sama. Pertama kali jadi ibu, memang tak tahu pape. Sy tak tahu camna nak bf anak. Tapi bila anak dimasukkan ke wad. Sy tak leh duduk diam. Sy tak suka duk wad lama2. Jadi memang nekad dalam hati akan susukan anak sekerap yang mampu. Itu je penawar yg sy tahu. Lagi satu sy tak tahan dengar anak sy menangis akibat kena cucuk utk amik darah. Owhh kesian. Perasaan seorang ibu kan. Sebab tu la saya sanggup tak tidur malam,makan secukupnya, minum air kosong banyak2 sebab sy nak bekalkan susu ibu secukupnya. Alhamdulillah, duk dalam 3 hari kami dibenarkan balik. 

Sejak dari hari tu lah, saya penuhkan ilmu dengan cara utk atasi jaundice semasa tempoh mengandung. 

Antara cara-caranya adalah:


1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

*****Cubala tak dapat semua, salah satu pun insyaAllah jadi. Tapi kebanyakkan yg sy dengar banyak amalkan makan delima dan pati delima. Lepas bersalin, memang anak tak kena penyakit kuning. 

Sekian, info & tips dari saya. 

Monday, September 1, 2014

MULTIVITAMIN yang MELETOPPSSS!

Sejarah terhasilnya VITA-LEA SHAKLEE 

Vita-Lea Shaklee adalah multivitamin & mineral pertama dicipta di dunia. Dulunya dikenali sebagai "Vitalize-Mineral" then disingkatkan jadi "Vita-min"


Inilah rupa bentuk "Vitalize-Mineral" a.k.a "Vita-min" 

90 tahun dahulu, ia dalam bentuk cecair. Seiring dengan peningkatan teknologi, maka ia ditukarkan bentuknya kepada tablet yg dikenali sbg Vita-Lea.

 

Setiap tablet mengandungi 30 nutrisi harian lengkap yg diektrak daripada sayuran & buah, 12 vitamin & 7 mineral penting sebagaimana disarankan oleh RDA. Jangan risau, ia telah diformulasikan secara komprehensif & sangat seimbang. 

Tablet Vita-Lea


  • Ia disaluti dengan serbuk nutrisi - spirulina 
  • Ia dihasilkan dengan kaedah yg terkini dan teknologi eksplosif yg kompleks, disebut sebagai "Explo-tab" 
  • Tablet multi-vitamin yg paling pantas di dunia terlaru dlm air & juga tubuh manusia. 

Cer tengok demo kat bawah ni. Tak sampai 5 minit terus larut. So, memang terbaiklah kan. =)


Bila paling pantas larut, makanya segala mineral di dalam tablet itu mudah berintegrasi dgn protein utk penyerapan yang pantas oleh usus kecil. 

TAHUKAH ANDA???

Pengambilan Vita-Lea Shaklee selama setahun boleh mengurangkan risiko jatuh sakit sebanyak 65%. 
Ya, kita cuma merancanga tapi Allah menentukan. Namun, bila berikhtiar ke arah kesihatan, insyaAllah Allah makbulkan. Yang penting jgn putus asa kerana rahmat Allah itu sentiasa ada bg mereka yg sentiasa kuat semangat dan tidak putus asa..penyakit itu datang dari-NYA dan hanya kepada-NYA juga kita minta ianya disembuhkan..aminnn..

vita lea mahathir

- Rahsia Tun Mahathir kekal sihat & aktif -

TAHUKAH ANDA utk kali keduanya bahawa..... Vita-Lea telah dipilih oleh Center for Science di Amerika Syarikat sebagai THE BEST MULTI-VITAMIN di dalam Public Interest pada tahun 2000

Manfaat Utama Vita-Lea Shaklee:

❁ Penambahan Tenaga Segera – pemberi tenaga, kecergasan tubuh dan kekuatan mental, sekaligus membantu sistem memori dan fokus dalam aspek pembelajaran mahupun kerja seharian

❁ Pelengkap Nutrisi – kekurangan pelbagai vitamin dan mineral penting akibat amalan diet yang tidak seimbang, terutamanya mereka yang mengamalkan sayuran (vegetarian) dan anaemia

❁ Keupayaan Sistem Produktif – penting kepada kanak-kanak dan remaja yang sedang membesar

❁ Metabolisma – sangat membantu dalam stimulasi metabolisma dan melambatkan proses penuaan

❁ Elemen Penting Pada Sel Tubuh – menyediakan asas nutrisi, memastikan sel hidup, pertumbuhan sel baru, membantu proses pembesaran, pertumbuhan rambut, otot, kulit, kuku dan hormon, serta menjaga kesihatan tiroid

❁ Melindungi Organ – melindungi fungsi buah pinggang, jantung dan hati

Dapatkan Vita-Lea Iron Formula sebagai sumber multivitamin bagi penambahan tenaga segera dan kekal cergas daripada saya!

Untuk order:


Saya adalah Pengedar Shaklee yang sah diseluruh Malaysia. COD area Parit Buntar, Bagan Serai & Nibong Tebal. 

Hubungi : 
AZNA - 0136295367
FB: Noor Azna 

* Produk ini bukan bertujuan untuk mendiagnos, merawat,menyembuhkan atau mencegah sebarang penyakit.