Wednesday, September 3, 2014

JAUNDICE - PENYAKIT KUNING BAYI

Hari ni nak share pasal JAUNDICE a.k.a deman kuning yang selalu terjadi kepada bayi2 yang baru lahir. Bagaimana untuk atasinya. Jom kita baca sampai habis. 

JAUNDICE

Jaundice berasal dari bahasa Perancis iaitu ‘jaune yang bermaksud kuning.

Ianya melibatkan permasalahan sel darah merah manusia yang terurai menghasilkan partikel atau komponen yang dipanggil bilirubin. Ianya tidak larut air dan akan dibawa atau dihantar ke hati(liver) untuk diubah menjadi larut air.

Setelah itu akan dikeluarkan melalui air kencing (menyebabkan air kencing berwarna kuning). Manakala sebahagiannya pula melalui najis melalui saluran hempedu (menyebabkan najis berwarna coklat kekuning-kuningan). Inilah Jaundice atau Kuning.

Serius ke tidak masalah ini?

Kelekaan atau kelalaian kita dalam merawat permasalahan ini, akan mendorong kepada fenomena kernicterus iaitu bilirubin yang tidak larut tadi menembusi lapisan otak bayi yang kurang matang, boleh menyebabkan kematian atau kecacatan kekal, NauzubILLAH.

MITOS

Hah, selalunya kalu bayi kena kuning memang orang2 tua akan kaitkan dengan letak anak dalam bilik kuning, pakaikan baju kuning dll. Ada tu pulak masa dah lahir tu terus pakaikan bayi baju warna merah2 . Konon nak elak dari terkena kuning. Mungkin ada setengah mitos menjadi. Tapi ada juga yg tak jadi..HEHE

SEBAB JAUNDICE


Ada dua sebab utama bayi terkena Jaundice, pertama kerana lemahnya sel darah merah bayi (fetal hemoglobin) dan keduanya disebabkan lemahnya sistem hati(liver) dek kerana belum cukup matang untuk menjalankan proses bilirubin tak larut air kepada bilirubin yang larut air.

Sebab-sebab lain selain dari yang di atas antaranya adalah kesan dari kelahiran menggunakan forceps (vakum), jangkitan kuman di dalam darah (sepsis), masalah ketidakserasian dengan darah ibu (Coombs Positive),Masalah enzim darah rendah (G6PD)- untuk permasalahan ini sehingga ke dewasa mereka yang menghidapinya tidak boleh memakan makanan yang terkandungnya purin yang tinggi, seterusnya hormon tiroid yang rendah, Masalah hati dan hempedu dan jangkitan virus rubella atau toxoplasma.

RAWATAN HOSPITAL 

Kaedah rawatan di hospital melibatkan Terapi lampu (phototherapy) dan Exchange Transfusion (ET) – Proses penggantian darah.

Bila dah ET maksudnya tahap kuning anak dah makin teruk. 

PERANAN SI IBU

Jadi bila anak disahkan menghidap kuning, pastikan ibu susukan anak sekerap yang mampu. Sebab susu badan ibulah yang menjadi penawar kepada penyakit kuning anak. 

Saya dulu pun mengalami situasi yg sama. Pertama kali jadi ibu, memang tak tahu pape. Sy tak tahu camna nak bf anak. Tapi bila anak dimasukkan ke wad. Sy tak leh duduk diam. Sy tak suka duk wad lama2. Jadi memang nekad dalam hati akan susukan anak sekerap yang mampu. Itu je penawar yg sy tahu. Lagi satu sy tak tahan dengar anak sy menangis akibat kena cucuk utk amik darah. Owhh kesian. Perasaan seorang ibu kan. Sebab tu la saya sanggup tak tidur malam,makan secukupnya, minum air kosong banyak2 sebab sy nak bekalkan susu ibu secukupnya. Alhamdulillah, duk dalam 3 hari kami dibenarkan balik. 

Sejak dari hari tu lah, saya penuhkan ilmu dengan cara utk atasi jaundice semasa tempoh mengandung. 

Antara cara-caranya adalah:


1) Menelan madu (tanpa air) 3sudu atau meminum air madu 5 sudu (Tiada masalah bagi mereka yang mengalami masalah kencing manis, malahan itu adalah terapi bagi masalah kencing manis)

2) Mengamalkan minum susu kambing 2 cawan sehari, pagi semasa sarapan, malam sebelum tidur. (Sebaiknya dicampur dengan sedikit zaafaran)

3) Mengamalkan meminum pati delima paling kurang 500ml sehari.

4) Banyakkan memakan kurma sebagai sarapan.

5) Mengamalkan memakan buah tin setiap 3 hari.

6) Menelan minyak zaitun apabila umur janin sudah mencapai 5 bulan ke atas.

7) Suami digalakkan menggosok lembut perut isteri yang sedang hamil sambil berselawat sebanyak mungkin.

* Buat pengetahuan semua, isteri tersayang dan anak-anak tidak pernah mengambil apa-apa suntikan pelalian vaksin, dari hamil sehingga sudah besar bayi tersebut. Kerana sang faqir percaya, vaksin yang terbaik adalah MADU LEBAH. (Biarlah orang hendak panggil kolot molot, asal kita tahu dan yaqin apa yang kita amal serta lakukan)

*****Cubala tak dapat semua, salah satu pun insyaAllah jadi. Tapi kebanyakkan yg sy dengar banyak amalkan makan delima dan pati delima. Lepas bersalin, memang anak tak kena penyakit kuning. 

Sekian, info & tips dari saya. 

0 comments: