Monday, September 15, 2014

TAK KENAL, MAKA TAK CINTA

Permulaan tajuk yang sesuai untuk orang yang masih 'baru' tentang produk Shaklee

Saya tau dalam berjuta-juta penduduk di Malaysia ni, tak semua yang tahu produk berjenama Shaklee kan!

Orait. Jom baca sampai habis ye! Sebab kalau korang tak baca habis, sampai bila-bila korang takkan tahu apa sebenarnya yang berselindung di sebalik nama Shaklee dan kemudian nilai sendiri kenapa ia masih kekal selama 5 dekad.

SHAKLEE

Sebuah nama syarikat yang begitu gah. Masakan tidak. Dah 50 tahun menapak tanpa pernah rasa tergugat dengan syarikat-syarikat lain. Malah dah berderet anugerah yang Shaklee terima.

Pengasas shaklee bernama Dr. Forrest C. Shaklee.


Sejarah Shaklee bermula pada tahun 1915, apabila Dr Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals" iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. 

Kemudiannya pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation yang merupakan syarikat jualan langsung pertama di dunia. 

Tatkala orang lain mengamalkan penggunaan plastik dan bahan-bahan sintetik, Shaklee kembali kepada semula jadi- dengan mencari bahan-bahan semulajadi yang tulen untuk menghasilkan vitamin. 

Dr Forrest juga merupakan antara orang yang terawal mencipta bahan pencuci rumah bersifat biodegradasi di dunia. 

Dikala syarikat lain membelanjakan wang untuk tujuan pengiklanan  dan pemasaran, Shaklee melaburkan duit berbilion ringgit sebagai ganjaran kepada para pengedarnya yang berkongsi tentang Shaklee. Ditambah pula dengan jutaan ringgit yang dilaburkan untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan produk kesihatan Shaklee. 


Seperti yang saya cakap sebelum ni, Shaklee dah banyak mendapat pengiktirafan di mata dunia

1990 - Menerima anugerah "Family Circle's Green-Chip" sebagai salah satu daripada 10 buah syarikat yg mesra alam sekitar
2000 - Syarikat pertama di dunia yang mendapat pensijilan " Climate Neutral" 
2002 - Shaklee dianugerahkan "Climate Protection" oleh Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat
2002 - Shaklee menerima anugerah "Environmental Stewardship" daripada Social Accountability International 
2007 - Shaklee merupakan syarikat pertama di dunia yg mengimbangi pembebasan karbon, iaitu kerjasama dengan sebuah organisasi yang dipelopori oleh Dr Jeffrey D. Sachs 
2007 - Shaklee dipilih oleh Healthy Child Healthy World untuk menjadi rakan kongsi eksklusif kepada penghasilan video bertajuk: "Creating Healthy Enviroments for Children." 
2007 - Shaklee dipilih oleh pengeluar filem "The 11th Hour" (dokumentari alam sekitar yang dilakokan oleh Leonardo DiCaprio) sebagai rakan kongsi pengeluar filem - merujuk kepada komitmen dan sumbangan Shaklee sebagai penerajui alam sekitar. 

Falsafah Shaklee 

Misi Shaklee adalah untuk menyediakan kehidupan yang lebih sihat untuk semua orang dan kehidupan yang lebih baik untuk sesiapa sahaja
Dek kerana itulah, maka Shaklee menghasilkan produk semulajadi yang luar biasa. 

Apabila anda memilih Shaklee, anda akan tahu tiga perkara adalah benar: Ia adalah sentiasa selamat, Ia adalah sentiasa berkesan dan Ia adalah sentiasa mesra alam. 


SHAKLEE ALWAYS SAFE

Saintis Shaklee telah mencari di seluruh dunia untuk sumber bahan-bahan semulajadi yang terbaik. Dan pastinya ia bebas dari mana-mana logam berat, bebas dari racun perosak dan bebas dari bahan pencemar lain yang berbahaya. 

Secara teknikalnya, produk Shaklee tiada parabens, Triclosan, Phthalates, Sodium Lauryl Sulfat (SLS), Natrium Sulfat Eter Laury (SLES), 1,4-dioxane atau propilena glikol. 
  • Tiada bahan yang diharamkan
  • Tiada pewarna
  • Tiada lemak trans 
  • Tiada pemanis tiruan atau perisa tiruan

Shaklee juga tidak menggunakan haiwan sebagai bahan ujikaji mereka. Malah botol pembungkusannya pun selamat dan bebas daripada biophenol toksin-phthalates dan dakwat toksik. Itu sebab saya benar-benar pasti bahawa Shaklee dijamin 100% selamat untuk digunakan. 

ALWAYS WORKS 

Selalunya syarikat-syarikat lain akan mendakwa produk mereka berkesan, produk mereka bagus
Tapi bagi Shaklee, bukti yang paling penting. Sebab tu Shaklee sanggup melaburkan lebih daripada 300 juta USD untuk tujuan ujian klinikal. penyelidikan dan pembangunan. 

Hasilnya keberkesanan produk Shaklee tercatat pada lebih 100 kertas kerja saintifik, 90 daripada mereka yang disiarkan dalam jurnal. 

Dalam kajian tahun 2007 dikenali sebagai "Landmark Study" dijalankan bersama dengan kerjasama penyelidik dari Sekolah UC Berkeley Kesihatan Awam yang menunjukkan bahawa orang-orang yang mengambil makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang lebih baik daripada mereka yang mengambil multivitamin jenama lain. 

Jadual ni adalah hasil dari kajian tersebut dan ternyata Shaklee adalah produk yang terbaik 

ALWAYS GREEN 

Kami menjadi contoh dalam memimpin gerakan alam sekitar 

Dr Forrest Shaklee mengasaskan syarikat Shaklee berdasarkan prinsip Hidup Harmoni dengan Alam Semulajadi. 

Shaklee adalah syarikat pertama di dunia yang memperolehi pensijilan "Climate Neutral™" dan mengimbangi sepenuhnya pembebasan pelepasan karbon menghasilkan kesan bersih sifar terhadap alam sekitar.

Melalui jualan daripada Shaklee Get Clean® Basic H²®, Shaklee telah menghapuskan 2.7 bilion botol konvensional 26-auns pembersih tingkap.




Jom kita lihat video tentang perbezaan Shaklee :



Harap semua faham ye =)
Tak paksa pun untuk jatuh cinta

0 comments: