Sunday, April 19, 2015

RESEPI PROTEIN BALLS



Meh-meh kami nak share resepi PROTEIN BALLS
Snack yang sangat mudah disediakan & boleh terus ngap!
Bahan-bahan:
- protein powder ( ESP/CINCH SHAKE/MEAL SHAKE) 
- kurma
- coklat chip (optional)
- badam
- serbuk koko
- air panas sikit
- kelapa parut
Cara-caranya:
Blend kurma+badam+air panas (jangan halus sangat tau..sedang2 je)
Pastu buh dalam mangku & campur dengan portein powder + cip coklat + serbuk koko.. pastu kacau sampai sebati
Then dah boleh bulat pastu gelek atas kelapa parut.. Kalu rasa cam kering sgt boleh tambah air sikit atau coconut oil
Buh dalam peti sejuk boleh tahan sampai seminggu
==============================
Mudah kan! Yang paling penting kena ada PROTEIN POWDER bahan basic nak buat..
Bagi yang berdiet janganla dah nampak sedap p hentam semua.. KIRA KALORI ok! wink emoticon

HIKMAH SAKIT

Perlu utk seorang manusia itu berasa risau sekiranya diri mereka tidak sakit dalam jangka masa yg lama. Dalam hal ini digariskan bahwasanya sakit itu penghapus dosa dan hapusnya dosa seorang manusia itu adalah satu Rahmat kasih sayang dr Allah ke atas mereka. Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yg lama, dikhuatiri Allah تعالى murka ke atas mereka. .
Satu hari sewaktu Rasulullah di dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, Baginda ditemani oleh seorang lelaki. Di dalam perjalanan tersebut, lelaki itu berterusan menceritakan perihal anak perempuannya kpd Rasulullah. Rasulullah hanya mendengar sambil tersenyum. . "Ya Rasulullah, tidak lama lagi anak perempuan ku ini akan aku kahwinkan dgn seorang pemuda. Anak perempuan ku ini hebat wahai Rasulullah. Amalannya semua hebat belaka. Dan yg paling hebat adalah anak perempuanku ini sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sakit." .
Setelah mendengar cerita dr lelaki tersebut bahwa anaknya tidak pernah sakit, Rasulullah berhenti dr berjalan dan berubah muka. .
Lalu Rasulullah berkata; "Apa betul anakmu tidak pernah sakit?" .
Lelaki itu menjawab; "Benar ya Rasulullah. Hebat sungguh." .
Lalu Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya, sekiranya seorang manusia itu tidak dikurniakan kesakitan ke atasnya, itu bukanlah satu kehebatan, bahkan ianya adalah satu perkara yg harus ditakuti. Takut takut ianya adalah musibah dan murka dr Allah تعالى ke atas anakmu. Maka tidak ada kebaikkan dalam nilai kehidupan anakmu itu." .
Kata Sayyidina Ali رضيه الله عنه ; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah تعالى. Kerana aku takut Allah تعالى lupa dan murka ke atas aku." .
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari (Guru Tassawuf Majlis Ta'lim Darul Muhibbin)
============================
Jadi kalau anda ditimpa sakit maka bersyukurlah.. 
This entry was posted in

CARA RAWAT KULIT MELECUR

Semalam masa duk ralit pakai glue gun tak sedar gam panas tu kena kat jari. Banyak & panas sangat
Ingatkan takde pape la..skali tgk dah stat naik gelembung air. Waktu ni kat kawasan tu masih duk berdenyut2 panas lg (kalu masa anak kena ekzos dulu mesti lagi sakit dari ni )
So tak tahan sgt laju2 sapu krim ‪#‎HERBAL‬ BLEND

Sepantas kilat terus sejuk kat kawasan tu..sepantas kilat terus tak nyutnyut dah macam tadi
Awesome! Hebat giler
Patutla masa anak kena ekzos hari tu saya sapu dengan herbal blend dia cakap sejuk umi
Hari ni tgk2 kat kawasan melecur tu dah kecut dah gelembung dia..
Memang kenala dengan namanya MULTIPURPOSE HERBAL BLEND..macam2 boleh guna MELECUR, RUAM, ECZEMA, GIGIT SERANGGA, STRETCHMARK, REKAHAN TAPAK KAKI dll
Satu tiub ni murah je.. Tak sampai RM40 pun


Nak order?
Wassap AZNA 013-6295367


BE POSITIVE

Nak jadi BAHAGIA takde rasa DOWN gila-gila paling penting kena elak dari berkawan dengan orang-orang yang kuat MENGELUH, orang yang suka MERUNGUT, orang yang reti sebar FITNAH, orang yang paling MALAS nak baca terus viral benda yang tak betul

So orang macam ni la kita kena elakkan. Nak bahagiakan? Nak kan? APa tunggu lagi cepat clear semua rakan-rakan yang jenis macam ni dari rakan FB anda ok ;)


BLOG BERSAWANG

Sapu-sapu habuk sat
Banyak sawang la

Uhukk..uhukkk.. (sila baca macam korang tengah batuk ye..)

Dah licinnngg kemas bersih kita panaskan enjin kereta ye plak
Nak speed tahap maksima boleh..haha