Sunday, April 19, 2015

HIKMAH SAKIT

Perlu utk seorang manusia itu berasa risau sekiranya diri mereka tidak sakit dalam jangka masa yg lama. Dalam hal ini digariskan bahwasanya sakit itu penghapus dosa dan hapusnya dosa seorang manusia itu adalah satu Rahmat kasih sayang dr Allah ke atas mereka. Maka barangsiapa yg dikurniakan pelbagai nikmat tetapi tidak sakit dalam jangka masa yg lama, dikhuatiri Allah تعالى murka ke atas mereka. .
Satu hari sewaktu Rasulullah di dalam perjalanan menuju ke suatu tempat, Baginda ditemani oleh seorang lelaki. Di dalam perjalanan tersebut, lelaki itu berterusan menceritakan perihal anak perempuannya kpd Rasulullah. Rasulullah hanya mendengar sambil tersenyum. . "Ya Rasulullah, tidak lama lagi anak perempuan ku ini akan aku kahwinkan dgn seorang pemuda. Anak perempuan ku ini hebat wahai Rasulullah. Amalannya semua hebat belaka. Dan yg paling hebat adalah anak perempuanku ini sepanjang hidupnya, dia tidak pernah sakit." .
Setelah mendengar cerita dr lelaki tersebut bahwa anaknya tidak pernah sakit, Rasulullah berhenti dr berjalan dan berubah muka. .
Lalu Rasulullah berkata; "Apa betul anakmu tidak pernah sakit?" .
Lelaki itu menjawab; "Benar ya Rasulullah. Hebat sungguh." .
Lalu Rasulullah menjawab; "Sesungguhnya, sekiranya seorang manusia itu tidak dikurniakan kesakitan ke atasnya, itu bukanlah satu kehebatan, bahkan ianya adalah satu perkara yg harus ditakuti. Takut takut ianya adalah musibah dan murka dr Allah تعالى ke atas anakmu. Maka tidak ada kebaikkan dalam nilai kehidupan anakmu itu." .
Kata Sayyidina Ali رضيه الله عنه ; "Sungguh aku takut sekiranya diri aku ini tidak diberikan sakit oleh Allah تعالى. Kerana aku takut Allah تعالى lupa dan murka ke atas aku." .
Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari (Guru Tassawuf Majlis Ta'lim Darul Muhibbin)
============================
Jadi kalau anda ditimpa sakit maka bersyukurlah.. 
This entry was posted in

0 comments: