Sunday, March 8, 2015

10 JENIS UBAT DARI LIMAU KASTURI


1 . ubat batuk
limau+kicap+garam = minum setiap pagi and malam …batuk akan beransur pulih
2 . ubat demam
Petiklah 2-4 genggam daun limau nipis. Rebus dengan 2 hingga 4 gelas air. Gunakan air rebusan ini untuk menuam pesakit yang demam. Caranya dengan membasuh kain pada air rebusan dan diperas, lalu ditempelkan pada dahi pesakit.
3. ubat ketiak
Siapkan limau nipis yang dicampur kapur sirih. Setelah mandi, sapukan campuran ini pada ketiak dan biarkan beberapa waktu sebelum dibasuh. Lakukan pagi dan petang.
4 . ubat pening kepala
Ambil sebiji limau kasturi dan potong sedikit di bahagian atasnya. Kemudian, picit kulit limau kasturi tadi sehingga cecairnya keluar. Pastikan anda menghalakan cecair tu ke arah hidung semasa ia terpancut.
5 . ubat lelah
Ambil sesudu madu. Kalau boleh madu asli. Kemudian, campurkan dengan 5 titik jus limau kasturi.Minumlah campuran madu dan jus limau kasturi tadi.Anda boleh meminumnya pada bila-bila masa walaupun ketika tak mengalamilelah. Tapi cukuplah anda mengamalkan cara ini seminggu sekali.
6 . ubat kurus
Perahan limau nipis yang dicampur dengan teh tanpa gula dan diminum setiap hari. Sebaik-baiknya biarlah teh yang diminum itu teh panas suam, kesannya lebih cepat. Amalkan meminum air ini dan insya-Allah perut anda yang buncit akan menjadi kempis dan kemas semula.
7 . ubat kelemumur
Biasakan mencuci rambut dengan beberapa helai daun rambutan yang diramas bersama setengah cawan air hingga mengeluarkan lendir. Kemudian bancuh sebati lendir daun rambutan bersama dua cawan santan dan sebiji air limau nipis. Lumur pada seluruh kepala dan balut menggunakan tuala lembap. Biar sebentar sebelum dibilas bersih, Lakukan seminggu sekali.
8 . ubat hilang minyak pada baju
Perahkan sebiji limau kasturi ke dalam piring.Campurkan perahan limau kasturi tadi dengan sedikit garam.Kemudian, gosokkan campuran di atas pada bahagian pakaian yang terkena minyak.Lepas dah gosok, biarkannya selama 5 hingga 10 minit. Kesan minyak tu akan hilang nanti.Akhir sekali, barulah anda basuh pakaian tadi bersama dengan pakaian lain macam biasa.
9 . ubat wangi rambut
Ambil beberapa biji limau nipis & hiris2kan. Kemudian gosokkan ke seluruh kepala. Biarkan beberapa minit, kemudian barulah cuci hingga bersih. Selain mewangikan rambut, limau nipis juga boleh menghilangkan rasa pening & menyejukkan kepala.
10 . ubat kilatkan cermin mata
Cermin mata selalu kabur warna kerana terkena peluh disekitar mata atau hidung. Cuba petua ini bagi mengatasi cermin mata anda jelas lebih lama. Cuci & gosokkan sedikit limau pada kacanya. Bilas bersih2 kemudian lap dgn kain bersih atau tisu. Hasilnya cermin mata lebih kuat & jelas lebih lama.
This entry was posted in

Wednesday, March 4, 2015

Tiga kali guna jadi RACUN

Isu AKROLEIN dalam minyak masak terpakai.. Hati-hati ye jangan pakai lebih dari tiga kali.. Boleh baca laporan dari KKM di bawah ni


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan yang disiarkan dalam akhbar KOSMO bertarikh 13 Disember 2013 bertajuk ”Tiga Kali Guna Jadi Racun: Pakar pemakanan ingatkan pengguna mengenai bahaya racun akrolein dalam minyak masak terpakai”.

Laporan tersebut mendakwa penggunaan minyak masak yang sama melebihi tiga (3) kali boleh memudaratkan kesihatan. KKM amat peka dan prihatin terhadap isu keselamatan makanan yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Acrolein adalah cecair tidak berwarna dengan bau terbakar dan menusuk hidung. Ia dihasilkan dari perindustrian propylene dan digunakan sebagai racun perosak mengawal alga, rumpai, bakteria, dan moluska serta digunakan untuk membuat bahan kimia lain. Selain daripada itu, ia juga boleh terbentuk pada kadar yang sangat rendah semasa pemanasan minyak pada suhu tinggi.

Pendedahan kepada acrolein kebanyakannya berlaku melalui pernafasan (inhalation) contohnya asap rokok dan ekzos kereta. Acrolein boleh menyebabkan kerengsaan kepada kulit, mata, dan rongga hidung, tekak serta boleh merosakkan paru-paru. Menurut International Agency for Research on Cancer (IARC), acrolein tidak dapat diklasifikasi sebagai karsinogen pada manusia kerana tiada bukti kukuh yang menunjukkan acrolein bersifat karsinogenik.

Sehingga kini, tiada sebarang standard yang ditetapkan bagi tempoh ideal atau kekerapan menggunakan minyak masak sebelum ia perlu dibuang kerana ia dipengaruhi oleh pelbagai faktor termasuklah jenis makanan, kandungan air dalam makanan, kekerapan penggorengan dan suhu menggoreng.

Minyak masak yang digunakan berulang kali perlu dibuang dan digantikan dengan minyak masak baru jika berlaku perkara berikut :
1) Warna minyak masak menjadi perang pekat.
2) Minyak masak menjadi lebih likat atau pekat.
3) Minyak masak berbau tengik.
4) Asap banyak dihasilkan semasa minyak masak dipanaskan.

 KKM telah menyediakan panduan kepada pengguna bagi membezakan kualiti minyak masak berdasarkan kepada perubahan warna selepas digunakan berulang kali dan cara pengendalian yang betul bagi meningkatkan jangka hayat minyak masak yang boleh diperolehi melalui laman sesawang Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) iaitu http://fsq.moh.gov.my dan Portal MyHealth http://www.myhealth.gov.my

YBhg. Datuk Dr. Noor Hisham bin Abdullah
Ketua Pengarah Kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia
16 Disember 2013

----------------------------------------------------

sumber dari : fsq.moh.gov.my